Page 300 - e Prosiding Serai 2021
P. 300

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                    PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI:
                                               PELUANG DAN CABARAN

                                                          1
                                          Norizan Mamat ,  Zakaria Mat Nawi   2

                               1  Institut Pendidikan Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu
                             2  Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu



                                                       ABSTRAK


               Pendidikan komuniti Orang Asli merupakan antara agenda yang diberi perhatian dalam plan

               pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai
               transformasi dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan komuniti Orang Asli. Melalui

               Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), pedagogi guru terhadap murid
               Orang  Asli  turut  diberi  keutamaan  khususnya  dalam  aspek  pemerolehan  bahasa.  Hal
               demikian  kerana  pihak  kerajaan  menyedari  bahawa  pendekatan  pengajaran  yang

               dilaksanakan oleh guru memberi impak yang besar khususnya dalam aspek kemenjadian
               murid. Namun begitu, sehingga ke hari ini isu keciciran murid Orang Asli dalam pendidikan
               masih  lagi  berlaku.  Berhubung  dengan  isu  berkenaan,  satu  kajian  telah  dilaksanakan  di

               Sekolah  Kebangsaan  Sungai  Pergam  untuk memahami  cabaran  yang dihadapi  oleh  guru
               Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
               murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan reka bentuk

               kajian kes. Data kajian dikumpul melalui kerja lapangan melibatkan empat orang guru Bahasa
               Melayu, murid-murid Orang Asli, pentadbir sekolah, wakil JAKOA dan penduduk setempat.

               Teknik pengumpulan data menggunakan teknik pemerhatian ikut serta, analisis dokumen, dan
               temu  bual  melalui  teknik  pensampelan  bertujuan.  Data  kajian  dianalisis  menggunakan
               perisian Nvivo Plus. Hasil kajian menemukan bahawa guru-guru Bahasa Melayu berhadapan

               dengan  cabaran  yang  berkait  dengan  penguasaan  kemahiran  membaca,  menulis  dan
               mengira (Kemahiran 3M), masalah literasi Bahasa Melayu, pengaruh bahasa ibunda, masalah
               penggunaan KAP, pengaruh persekitaran dan ketidaksefahaman pemimpin setempat. Hasil

               kajian  menunjukkan  bahawa  pedagogi  pengajaran  Bahasa  Melayu  dalam  kalangan  guru
               Bahasa  Melayu  perlu  diperkasa  melalui  amalan  pengajaran  yang  lebih  efektif    bagi
               memastikan murid Orang Asli menguasai Bahasa Melayu dengan baik.


               Kata kunci: Pendidikan Orang Asli, Cabaran dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa
               Melayu, Murid Orang Asli, Sungai Pergam.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                282
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305