Page 301 - e Prosiding Serai 2021
P. 301

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia

               mendukung peranan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
               perpaduan yang menyatukan semua kaum di negara ini. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai

               Bahasa  Kebangsaan  bukanlah  menafikan  kedudukan  dan  hak  bahasa  kaum  lain.  Semua
               kaum  di  Malaysia  bebas  mempelajari  dan  mengembangkan  setiap  bahasa.  Namun,
               keunggulan Bahasa Melayu tetap utuh sebagai bahasa utama yang perlu dikuasai oleh semua

               kaum. Selaras dengan perkembangan era globalisasi juga kedudukan Bahasa Melayu tetap
               diberi  keutamaan.  Melalui  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (2013-2025)  pihak
               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyasarkan  penguasaan Bahasa Melayu

               yang mantap dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Sasaran ini bertepatan dengan hasrat
               pihak kerajaan untuk mewujudkan integrasi dalam melahirkan bangsa Malaysia menjelang
               tahun 2020. Hasrat tersebut akan tercapai jika semua etnik di Malaysia mengusai Bahasa

               Melayu dengan baik sama ada bangsa Melayu sendiri dan juga bangsa-bangsa lain (KPM
               2013). Sebagai usaha merealisasikan hasrat ini, guru diberi peranan utama merancang dan

               melaksanakan  pedagogi  yang  bersesuaian  dan  berkesan  kepada  murid-murid  di  sekolah
               pada  abad  ini  (Noriati  et  al.,  2010).  Melalui  PPPM  (2013-2025)  guru  disarankan  agar
               menggunakan sumber pengajaran yang efektif dalam mengatasi setiap cabaran yang wujud

               dalam  pendekatan  pemerolehan  Bahasa  Melayu  dalam  kalangan  murid  baik  sekolah  di
               bandar mahupun di luar bandar (KPM, 2012; KPM, 2013;).


               PENYATAAN MASALAH

               Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyasarkan perubahan yang

               besar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kualiti pengajaran merupakan wahana  paling
               diutamakan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya

               meningkatkan  keberhasilan  murid.  Kementerian  beriltizam  untuk  meningkatkan  kualiti
               pengajaran  di  sekolah  dengan  memperkukuh  amalan  terbaik  sedia  ada  dan  memberikan
               ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

               Laluan  ini  mestilah  menyokong  pembangunan  kerjaya  guru  yang  melaksanakan  proses
               pengajaran  dan  pembelajaran  di  sekolah  (KPM,  2012).  Dalam  aspek  pedagogi,  strategi
               pengajaran  dan  pembelajaran  hari  ini  telah  melalui  proses  perubahan  daripada  strategi

               pengajaran  berpusatkan  guru  kepada  strategi  pengajaran  berpusatkan  murid  di  samping
               penyerapan  dan  penggabungjalinan  antara  kaedah,  teknik  serta  gaya  pengajaran  yang
               berkesan kepada murid-murid. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah bergantung pada

               ilmu pedagogi yang dikuasai oleh seseorang guru, (Rahil Muhyiddin & Habibah Elias, 2009;
               Abd.Aziz, 2007).



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                283
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306