Page 316 - e Prosiding Serai 2021
P. 316
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
#KitaJagaKita adalah hashtag atau slogan yang menjadi tren di Malaysia sejak awal tahun
2020 di mana novel coronavirus 2019 (COVID-19) tersebar bukan sahaja di Malaysia tetapi
juga di seluruh dunia yang merebak secara aktif bermula Disember 2019 di daerah Wuhan,
China. World Health Organization (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan secara global
pada awal Januari 2020 kerana kes yang disahkan COVID-19 telah meningkat secara
mendadak di seluruh dunia (McAleer et al. 2020). Hal ini menyebabkan perubahan secara
drastik kepada institusi pendidikan di mana sebelum ini adalah pembelajaran secara
bersemuka dan kini pembelajaran secara virtual. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengubah corak Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan penyediaan manual PdPR yang lengkap sebagai
rujukan untuk para pendidik. Tambahan pula, usaha KPM ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menerusi alat-alat
digital untuk meneruskan sesi PdPR secara maya. Oleh yang demikian, guru-guru sekolah
memerlukan masa untuk menentukan kaedah-kaedah pengajaran dan medium penggunaan
yang sesuai untuk digunakan dalam PdPR serta perlu mengambil kira masalah kebajikan
pelajar seperti penggunaan wang untuk membeli data internet, keadaan rumah yang kurang
kondusif, perkongsian peranti digital dan sebagainya. Menurut Caesar D. & Maya K.D. (2020),
mereka menyatakan bahawa ramai guru dan murid tidak bersedia sepenuhnya untuk mod
pembelajaran secara maya ini.
Merujuk kepada manual PdPR, ianya melibatkan tiga pendekatan iaitu: Pendekatan
PdPR secara dalam talian, pendekatan PdPR di luar talian dengan rujukan buku teks dan
pendekatan PdPR secara off–site. Setiap guru perlu membuat pelaporan PdPR menerusi
Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) mengikut standard negeri masing-masing. SPdPR
merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang
diperkenalkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR. Dalam SPdPR bagi negeri
Pahang yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) juga
termasuklah kaedah-kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru ketika sesi PdPR
berlangsung.
Dengan perubahan sistem pendidikan menerusi dalam talian ini memberi titik tolak
tekanan kepada guru untuk menentukan kaedah PdP yang berkesan untuk diaplikasikan. Md.
Yusoff et. al. (2006) menyatakan kebanyakan guru masih lagi mengamalkan kaedah
pengajaran secara tradisional iaitu teacher-centred learning walaupun TMK telah
diperkenalkan. Tambahan pula, pentaksiran murid perlu dilaksanakan secara atas talian dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 298

