Page 317 - e Prosiding Serai 2021
P. 317

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               ini menyukarkan lagi guru untuk mengenal pasti kaedah PdP yang seharusnya digunakan
               supaya tiada murid ketinggalan dalam pendidikan.


               Objektif Kajian


                   1.  Mengenal  pasti  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  dalam  talian  yang
                       diaplikasikan  oleh guru sekolah menengah  di  daerah Temerloh  semasa  penularan
                       pandemik COVID-19.

                   2.  Mengenal  pasti  tahap  keberkesanan  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)
                       dalam  talian  yang  diaplikasikan  oleh  guru  sekolah  menengah  di  daerah  Temerloh
                       semasa penularan pandemik COVID-19.

               Persoalan Kajian
                   1.  Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian yang diaplikasikan

                       oleh  guru  sekolah  menengah  di  daerah  Temerloh  semasa  penularan  pandemik
                       COVID-19?
                   2.  Bagaimanakah  tahap  keberkesanan  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)

                       dalam  talian  yang  diaplikasikan  oleh  guru  sekolah  menengah  di  daerah  Temerloh
                       semasa penularan pandemik COVID-19?


               SOROTAN LITERATUR

               Teori Kaedah Pembelajaran


                       John  Piaget  (1976)  dan  Lev  Vygotsky  (1978)  telah  memperkenalkan  teori
               konstruktivisme di mana konsepnya merupakan sebuah pendekatan PdP yang menekankan
               penyusunan  pengetahuan  dalam  minda  manusia.  Tambahan  pula,  zon  perkembangan

               proksimal (ZPD) telah diperkenalkan selaras dengan teknologi pengajaran dan bertepatan
               dengan PAK-21. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) juga menjelaskan bahawa murid membina

               makna melalui pengalaman baharu terhadap apa yang telah dipelajari mereka. Pendekatan
               konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya PdP masa kini serta
               penekanan konsep student-centred learning. Bagi kerangka konseptual dalam Rajah 1 dapat

               dihubungkan  melalui  Connectivism  Theory  di  mana  ia  menekankan  kepada  teori
               pembelajaran untuk era digital yang telah diperkenalkan oleh Siemens (2004). Pembelajaran

               moden harus menjadi aktiviti berterusan dengan menghubungkan sumber maklumat luaran
               seperti penyediaan modul dan blended learning.

               Kaedah-Kaedah PdP Dalam Talian


               Berpandukan kepada Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau suatu aturan (melakukan
               sesuatu), hukum atau prinsip. Makanya, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu tindakan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                299
   312   313   314   315   316   317   318   319   320   321   322