Page 318 - e Prosiding Serai 2021
P. 318

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               bersiri  yang  sistematik  dan  tersusun  bertujuan  untuk  mencapai  sesuatu  matlamat  yang
               dikehendaki.  Kaedah  penggunaan  modul  dalam  sesi  PdP  bertujuan  untuk  memandu  dan

               memimpin  murid  secara  terancang.  Merujuk  kepada  Ke  (2003),  modul  merupakan  satu
               panduan yang direka untuk membentuk tingkah laku seseorang pelajar dalam mempelajari
               sesuatu mata pelajaran dan ia biasanya disediakan untuk murid belajar secara bebas dan

               mampu belajar sendiri. Penggunaan modul adalah penting supaya guru dapat merancang
               pengajaran dengan lebih teratur dan berkesan.


                       Kaedah  berasaskan  projek  kebiasaannya  dijalankan  oleh  murid  setelah  selesai
               menguasai sesuatu kemahiran tertentu.  Melalui  kaedah  ini, murid  dapat mengembangkan

               minat terhadap projek serta mereka lebih menghargai hasil yang telah disiapkan oleh mereka.
               Menurut  Bishop  dan  Verleger  (2013),  flipped  classroom  adalah  penstrukturan  semula
               persekitaran  bilik  darjah  dan  pembelajaran  di  rumah.  Terdapat  beberapa  pendekatan

               pedagogi  yang  telah  digunakan  di  kelas  selama  abad  ke-21  ini  yang  merupakan  model
               "flipped  classroom",  model  hibrid  dan  model  pembelajaran  Team-Based  Learning  (TBL).

               Kaedah ini bertentangan dengan pendidikan tradisional, guru membuat persekitaran baru di
               mana pelajar dapat meningkatkan kemahiran praktikal serta kebolehan untuk memindahkan
               pengetahuan baru.


                       Kaedah inkuiri adalah secara induktif di mana guru bertindak sebagai fasilitator kepada
               murid sepanjang pembelajaran bersama murid. Kaedah ini menggalakkan penglibatan murid

               dalam proses menemukan sesuatu jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan
               maklumat. Kaedah ini berdasarkan oleh kaedah John Dewey iaitu  Inquiry-Based Learning
               (IBL).  Bloom  (1968)  merumuskan  kaedah  pembelajaran  masteri  merupakan  suatu

               pendekatan dan pembelajaran yang memfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara
               yang dipelajari. Tambahan pula, kaedah ini berasaskan falsafah bahawa kebanyakan murid
               mampu  menguasai  sesuatu  pengetahuan  atau  kemahiran  apabila  mereka  menumpukan

               sepenuh perhatian.

                       Kaedah  pembelajaran  secara  kontekstual  adalah  pembelajaran  berdasarkan

               ‘pengalaman sendiri’ dan bukannya sekadar mengetahui isi pengajaran yang dipelajari murid.
               Kaedah kontekstual ini boleh meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam sesi PdP.

               Menurut Zamri (2014), pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang mengaplikasikan
               kegiatan  aktiviti  praktikal  mengikut  situasi  sebenar  yang  boleh  membawa  murid  kepada
               objektif  pembelajaran.  Kaedah  Pembelajaran  Berasaskan  Masalah  atau  dikenali  sebagai

               Problem-Based Learning (PBL) merujuk kepada kaedah penyelesaian sesuatu topik secara
               berkumpulan. Kebiasaannya bertujuan meningkatkan mutu akademik murid dan secara tidak
               langsung dapat mengembangkan idea dan meningkatkan tahap sosial murid.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                300
   313   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323