Page 320 - e Prosiding Serai 2021
P. 320

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Analisis Dokumen


               Pendekatan ini digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan kepada penulisan dan
               dokumentasi bertulis. Data-data yang digunakan adalah terdiri daripada sumber primer dan
               sekunder yang diperoleh dari bahan-bahan bertulis seperti buku, artikel, jurnal dan tesis.





               Pensampelan

               Sampel kajian ini adalah seramai 3 orang guru KPM (2 orang guru wanita dan seorang guru

               lelaki) dari sekolah menengah di daerah Temerloh yang mempunyai pengalaman mengajar
               melebihi 5 tahun. Pengkaji mesti menjelaskan tujuan sesi temu ramah tersebut dan meminta
               persetujuan untuk ditemu ramah. Sampel kajian telah dilabelkan sebagai G1, G2 dan G3.


               METODE ANALISIS DATA

               Instrumen  yang  digunakan  untuk  penyelidikan  ini  adalah  melalui  temu  bual.  Proses

               menganalisis data dilakukan dengan mentranskripsikan suara dan video yang dirakam secara
               manual.  Data  dianalisis  berdasarkan  objektif  kajian  yang  dijalankan  ini.  Thematic  analisis

               digunakan  dalam  kajian  ini  bagi  menentukan  corak  hasil  daripada  jawapan  yang  telah
               diberikan  oleh responden.  Braun  &  Clarke  (2006) menyatakan  bahawa  Thematic  analysis
               adalah  salah  satu  cara untuk menganalisis  data  dengan tujuan  untuk  mendapatkan tema

               melalui data yang telah dikumpulkan oleh penyelidik.

               DAPATAN KAJIAN


               Bab ini merangkumi tafsiran dua objektif kajian dan menemui dapatan daripada persoalan
               kajian. Analisis data kualitatif membawa kepada pengembangan beberapa tema. Tema kajian
               adalah seperti berikut:


                   1.  Pemilihan kaedah PdP dalam talian
                   2.  Keberkesanan kaedah PdP dalam talian

                   3.  Kurang penglibatan murid dalam PdPR


               Pemilihan kaedah PdP dalam talian

                       Berdasarkan  temu  bual,  kaedah  menggunakan  modul,  kaedah  berasaskan  projek,

               kaedah  pembelajaran  berasaskan  inkuiri  dan  kaedah  pembelajaran  berasaskan  masalah
               merupakan kaedah PdP dalam talian yang banyak digunakan oleh responden kajian. Menurut
               Hashim (1997), penggunaan modul menjadikan pelajar lebih efektif dalam masa yang singkat.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                302
   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325