Page 321 - e Prosiding Serai 2021
P. 321

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       “Kaedah  menggunakan  modul  dirancang  lebih  berstruktur,  memenuhi  keperluan
               sesuatu mata pelajaran serta dihasilkan berdasarkan DSKP dan aktivitinya sangat relevan

               dengan menggalakkan murid belajar melalui pengalaman sendiri.”

                       “Kaedah pembelajaran berasaskan masalah sangat menitikberatkan soal kolaboratif

               dan berpusatkan murid yang mana sejajar dengan PAK-21.”

                                                                                             (Sumber G1)


                       “Saya  menggunakan  kaedah  berasaskan  inkuiri  sebagai  set  induksi  di  mana  saya
               dapat menilai tahap murid berfikir dan kepekaan mereka sebelum sesi PdP dimulakan.”


                                                                                             (Sumber G2)


                       “Saya  menggunakan  kaedah  berasaskan  projek  dengan  buku  teks  sebagai  bahan
               rujukan  utama.  Kaedah  ini  dapat  meningkatkan  tahap  kreativiti  murid  serta  memberi
               pengalaman yang bermakna kepada mereka.”

                                                                               (Sumber G3)

               Keberkesanan kaedah PdP dalam talian


               Dapatan kajian mendapati kaedah PdP dalam talian yang digunakan oleh responden adalah
               berkesan serta mencapai objektif pembelajaran.


                       “…kaedah modul mampu mencapai objektif pembelajaran kerana ini boleh dilakukan
               dalam talian atau luar talian. Modul lebih ringkas dan tertumpu kepada tajuk, tema, objektif

               dan tempoh.”

                       “…kaedah-kaedah  ini  mampu  memberikan  hasil  diskusi  yang  memberangsangkan

               serta meningkatkan daya berfikir murid dengan relevan.”

                                                                                             (Sumber G2)


               D.Surani  &  Hamidah  (2020)  dalam  kajiannya  mendapati  80%  responden  bersedia  untuk
               mengikuti  pembelajaran  dalam  talian  dengan  modul  yang  terancang,  62%  responden

               menyatakan pembelajaran dalam talian memberi manfaat dan 32% menyatakan kesukaran
               untuk memahami kandungan pembelajaran.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                303
   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326