Page 322 - e Prosiding Serai 2021
P. 322
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kurang penglibatan murid dalam PdPR
Berdasarkan hasil temu bual, ketiga-tiga responden menyatakan penglibatan murid semasa
PdPR adalah kurang memberangsangkan. Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh
responden ialah sikap murid, ketiadaan jaringan internet, kehabisan data dan kekurangan
peranti.
“…murid tidak mengikuti kelas PdPR walaupun saya sudah beritahu dalam Group
WhatsApp. Jika Google Meet diadakan, murid tidak membuka kamera dan tidak memberikan
response jika soalan diajukan.”
“Peranti tidak mencukupi dalam sesebuah keluarga kerana perlu berkongsi serta
kehabisan data untuk mengikuti kelas PdPR.”
(Sumber G3)
Menurut Faris D. R (2020), peratus ketidakhadiran yang tinggi ini telah mendatangkan
kebimbangan kepada pihak KPM kerana berkemungkinan murid-murid akan
menghadapi masalah keciciran dalam pelajaran atau dipanggil ‘Lost Generation’.
Selain itu, dengan kebergantungan penuh kepada keampuhan jaringan internet dalam norma
baharu PdP menjadi faktor kegagalan PdPR. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Ts. Dr.Mohd Rosli Hainin
mengakui bahawa masalah gangguan capaian internet telah berlaku di kebanyakan kawasan
terutamanya di kawasan pedalaman.
KESIMPULAN KAJIAN DAN SYOR CADANGAN KAJIAN
Melalui kajian ini, kepelbagaian kaedah PdPR secara atas talian sedikit sebanyak dapat
membantu pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih berkesan tanpa
perlu bersemuka dengan murid-murid. Menurut So & Bonk (2010) bagi memastikan
keberkesanan PdP, pendidik harus melihat reka bentuk atau pedagogi pembelajaran, kaedah
belajar seseorang individu, kepelbagaian teknologi dan media serta kebolehan pendidik
melibatkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh
murid untuk mengikuti PdPR dapat diteliti dengan lebih telus oleh guru, pentadbir sekolah,
PPD, JPN serta KPM bagi membantu murid supaya dapat mengikuti PdPR. Di samping itu,
kajian ini juga dapat membantu pihak berkaitan untuk mengadakan bengkel atas talian bagi
memantapkan pengetahuan teknologi maklumat oleh guru yang kurang mahir. Kebanyakan
guru masih belum ‘terbiasa’ dan kurang cekap menggunakan teknologi dan amat memerlukan
sokongan serta motivasi untuk terus mendidik murid. Oleh yang demikian, melalui kajian yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 304

