Page 324 - e Prosiding Serai 2021
P. 324

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                  KEPIMPINAN KENDIRI DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN
                                        GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

                                    Nur Nasuha binti Abdullah, Rofishah Bt. Rashid

                Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus Terengganu.
                                         nasuha17-863@epembelajaran.edu.my



                                                       ABSTRAK


                       Pemimpin  adalah  penyumbang  kepada  kecemerlangan  organisasi.  Dapatan  kajian

               lepas  menunjukkan  bahawa  pemimpin  yang  kompeten  dapat  mengurus  organisasinya
               dengan efektif dan berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji profil kepimpinan siswa

               guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek pengurusan kendiri
               dan hubungan kemasyarakatan. Seramai 150 siswa guru dipilih daripada pelbagai peringkat
               kepimpinan  dan  pengalaman.  Kajian  ini  merupakan  satu  kajian  tinjauan  yang  berbentuk

               kuantitatif di mana data akan dikutip melalui instrument soal selidik yang diberikan. Kajian ini
               mengenal pasti dua aspek kepemimpinan kendiri yang dinilai iaitu berkenaan pengurusan
               kendiri dan hubungan kemasyarakatan bersama ahli-ahli di bawah kepemimpinan. Data akan

               dianalisis  dan  digeneralisasikan  kepada  populasi  dengan  tepat  menggunakan  statistik
               deskriptif. Semoga hasil kajian ini dapat mengubah corak kepemimpinan siswa guru di Institut
               Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail ke arah yang lebih baik. Dapatan kajian ini juga

               diharapkan dapat digunakan sebagai asas kepada peningkatan kualiti kepemimpinan siswa
               guru pada masa akan datang.


               Kata kunci: Kepemimpinan; Kendiri: Siswa guru


               PENGENALAN


                       Kepimpinan  merupakan  tunggak  dalam  sesebuah  organisasi.  Kepimpinan  dapat
               dikaitkan dengan cara seseorang pemimpin memerintah organisasinya ke arah satu matlamat

               yang  hendak  dicapai.  Sebagai  orang  penting,  pemimpin  mencerminkan  organisasi  yang
               dipimpinnya. Setiap tampuk kepimpinan mempunyai corak pemerintahan yang berbeza-beza
               mengikut gaya pemikiran pemimpin itu sendiri.


                       Menurut Tang Chee Yee (1989) konsep kendiri merupakan salah satu elemen penting
               dalam personaliti individu yang perlu difahami oleh awam dan juga pengamal pendidikan,

               kerana  konsep  kendiri  ini  menyumbang  kepada  pembentukan  sikap,  tabiat,  perilaku  dan
               kepercayaan  individu.  Bandura  (1977)  melalui  teori  pembelajaran  sosialnya  menyebut
               bahawa sistem seperti konsep kendiri (self-concept) dan estim diri (self-esteem) ada dalam


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                306
   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329