Page 325 - e Prosiding Serai 2021
P. 325

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               jiwa tiap-tiap manusia. Sistem ini mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku individu. Rogers
               (1978)  sebagai  pelopor  utama  konsep  ini  menjelaskan  bahawa  konsep  kendiri  adalah

               tingkahlaku individu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan.

                       Ciri-ciri  kepimpinan  perlu  ada  dalam  diri  seseorang  individu  dalam  mentadbir

               sesebuah organisasi. Kepimpinan dapat dinilai melalui beberapa sudut seperti perwatakan,
               penampilan, cara berkomunikasi, pemakaian dan lain-lain lagi. Oleh itu, penulisan kajian ini
               adalah  bertujuan  mengkaji  profil  kepimpinan  yang  perlu  ada  pada  diri  guru  pelatih  dalam

               menerajui tampuk sesebuah organisasi kampus.



               PERNYATAAN MASALAH

               Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi guru pelatih itu sendiri. Mustafa

               (2012), mengatakan profil atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin adalah
               ikhlas dan jujur, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, mempunyai sifat kasih sayang dan
               memohon  pertolongan  daripada  Allah.  Terdapat  segelintir  guru  pelatih  tidak  dapat

               melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan baik atas beberapa faktor. Antaranya ialah
               kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Justeru, kajian terhadap profil guru perlu dianalisa
               bagi melihat sejauh mana guru pelatih memimpin sesebuah organisasi.


                       Terdapat banyak kajian yang menyelidik mengenai ciri-ciri kepemimpinan yang boleh
               diambil sebagai rujukan masa kini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012),

               tidak dapat dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin. Begitu
               juga  kajian  yang  dijalankan  oleh  Suhaila  (2013)  dalam  konteks  pendidikan,  kepimpinan

               memainkan  peranan  penting  membimbing  pelajar  ke  arah  matlamat  menjadikan  insan
               seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


               Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Rorlinda (2014), kecekapan pemikiran merupakan kualiti
               utama  dalam  diri  seseorang  pemimpin.  Kajian  daripada  Hailan  Salamun  (2012)  pula
               mendapati bahawa kepimpinan guru bukan sekadar memiliki komunikasi yang baik, tetapi

               guru-guru boleh membuktikan melalui pengurusan pentadbiran yang baik. Seseorang yang
               dilantik  atas  sesuatu  jawatan  sifatnya  mesti  orang  yang  berkelayakan.  Akibat  buruk  pasti

               menimpa  jikalau  bukan  ahlinya  yang  memegang  tampuk  jawatan  itu  (Muhammad  Syafiq,
               2018).


               Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara yang memerlukan paradigm dari masa ke
               masa untuk meningkatkan kualiti kepimpinan (Sidek et.al, 2018). Oleh itu, guru pelatih perlu
               membentuk  diri  sebagai  seorang  pendidik  dengan  sifat-sifat  kepimpinan  yang  berkualiti.
               Permasalahan  yang  dikaji  oleh  Timothy  Nyanggau  (2014),  hubungan  erat  sememangnya


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                307
   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330