Page 326 - e Prosiding Serai 2021
P. 326

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dilakukan dengan pihak pentadbir tetapi hubungan itu hanyalah hubungan kerjasama dalam
               menjayakan sesuatu perkara. Menyedari hakikat kepentingan kepimpinan yang berjiwa mesra

               dengan  pihak  pentadbir,  kajian  berkaitan  profil  kepimpinan  perlulah  dijalankan  secara
               berterusan bagi membantu pemimpin agar sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai
               cabaran dan kemungkinan perubahan dalam institusi masing-masing. (Norazizah,2018).


                       Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi guru pelatih itu sendiri.
               Mustafa (2012), mengatakan profil atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin

               adalah  ikhlas  dan  jujur,  bersungguh-sungguh,  bertanggungjawab,  mempunyai  sifat  kasih
               sayang dan memohon pertolongan daripada Allah. Terdapat segelintir guru pelatih tidak dapat

               melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan baik atas beberapa faktor. Antaranya ialah
               kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Justeru, kajian terhadap profil guru perlu dianalisa
               bagi melihat sejauh mana guru pelatih memimpin sesebuah organisasi.


                       Terdapat banyak kajian yang menyelidik mengenai ciri-ciri kepemimpinan yang boleh
               diambil sebagai rujukan masa kini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012),

               tidak dapat dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin. Begitu
               juga  kajian  yang  dijalankan  oleh  Suhaila  (2013)  dalam  konteks  pendidikan,  kepimpinan

               memainkan  peranan  penting  membimbing  pelajar  ke  arah  matlamat  menjadikan  insan
               seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


                       Selain  itu,  kajian  yang  dilakukan  oleh  Rorlinda  (2014),  kecekapan  pemikiran
               merupakan kualiti utama dalam diri seseorang pemimpin. Kajian daripada Hailan Salamun
               (2012) pula mendapati bahawa kepimpinan guru bukan sekadar memiliki komunikasi yang

               baik,  tetapi  guru-guru  boleh  membuktikan  melalui  pengurusan  pentadbiran  yang  baik.
               Seseorang yang dilantik atas sesuatu jawatan sifatnya mesti orang yang berkelayakan. Akibat
               buruk pasti menimpa jikalau bukan ahlinya yang memegang tampuk jawatan itu (Muhammad

               Syafiq, 2018).

                       Kemahiran  memimpin merupakan  suatu  perkara  yang memerlukan  paradigma  dari

               masa  ke  masa  untuk  meningkatkan  kualiti  kepimpinan  (Sidek  et.al,  2018).  Oleh  itu,  guru
               pelatih perlu membentuk diri sebagai seorang pendidik dengan sifat-sifat kepimpinan yang
               berkualiti.  Permasalahan  yang  dikaji  oleh  Timothy  Nyanggau  (2014),  hubungan  erat

               sememangnya  dilakukan  dengan  pihak  pentadbir  tetapi  hubungan  itu hanyalah  hubungan
               kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara. Menyedari hakikat kepentingan kepimpinan

               yang  berjiwa  mesra  dengan  pihak  pentadbir,  kajian  berkaitan  profil  kepimpinan  perlulah
               dijalankan  secara  berterusan  bagi  membantu  pemimpin  agar  sentiasa  bersedia  dalam
               menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan perubahan dalam institusi masing-masing.

               (Norazizah,2018).

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                308
   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331