Page 327 - e Prosiding Serai 2021
P. 327

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               TUJUAN KAJIAN

               Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji profil kepimpinan siswa guru Institut Pendidikan

               Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Aspek kepimpinan ini akan dinilai berdasarkan beberapa
               skop  iaitu  pengurusan  kendiri  dan  hubungan  kemasyarakatan.  Di  samping  itu,  kajian  ini

               dilakukan  bagi  mengenalpasti  corak  kepimpinan  siswa  guru  di  Institut  Pendidikan  Guru
               Kampus Dato’ Razali. Oleh itu, bagi menilai profil kepimpinan dalam kalangan guru pelatih,
               satu korelasi akan dibuat bagi melihat analisis dalam statistik diantara kedua pembolehubah

               tersebut.



               OBJEKTIF KAJIAN

                   1.     Mengenal pasti profil kepimpinan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus
                          Dato’ Razali Ismail.

                   2.     Mengenalpasti hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan dalam kalangan
                          Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

                   3.     Menganalisis ciri dominan yang diamalkan oleh Siswa Guru Institut Pendidikan
                          Guru Kampus Dato’ Razali Ismail



               KAJIAN LITERATUR

               Hailan Salamun (2012), mengatakan bahawa tanggungjawab pemimpin adalah membimbing

               dan  membantu  orang  yang  dipimpinnya  mempertingkatkan  nilai-nilai  yang  baik  bagi
               memperkukuhkan  kedudukan  organisasi.  Ini  jelas  menunjukkan  tanggungjawab  sebagai
               seorang pemimpin sangatlah berat kerana memerlukan komitmen yang sangat tinggi.  Ciulla

               (2004) menganggap kepemimpinan berkaitan dengan seseorang atau bagaimana seseorang
               menggerakkan orang lain melakukan sesuatu tindakan sama ada memotivasikan pengikut,

               mempunyai hubungan yang baik dengan pengikut, mengaitkan matlamat organisasi seperti
               keupayaan menyempurnakan visi dan misi.


                       Kepimpinan  seharusnya  diberi  penekanan  dalam  mengurus  sesebuah  organisasi.
               Menerusi  kajian  yang  dijalankan  oleh  Norazizah  (2018),  satu  kajian  antarabangsa  yang
               dijalankan  oleh  Bethke-Langgenegger  (2010)  membuktikan  bahawa  amalan  kepimpinan

               memberikan kesan  secara  langsung terhadap kejayaan  organisasi  yang  telah  dipersetujui
               oleh 83% oleh pengurus dari Negara Jerman serta 95% pengurus dari Negara Netherland.


                       Hasil  dapatan  Pace  (2010)  74%  berpendapat  kejayaan  amalan  kepimpinan  oleh
               kakitangan  yang  cemerlang  menunjukkan  peratusan  sebanyak  52%  telah  menghasilkan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                309
   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332