Page 328 - e Prosiding Serai 2021
P. 328

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kepimpinan berkesan, manakala sebanyak 48% dan kepuasan dalam pengurusan sebanyak
               41%.  Kajian  terdahulu  yang  dibuat  oleh  Baile  dan  Collinwood  (2008)  pula  mendapati

               kepimpinan  yang  paling  berkesan  memberi  impak  yang  besar  kepada  keberkesanan  dan
               kejayaan dalam peningkatan kepada organisasi terutamanya universiti dan sekolah.


                       Hal  ini  menunjukkan  bahawa  profil  kepimpinan  amat  memberi  kesan  terhadap
               pengurusan  sesebuah  organisasi.  Guru  pelatih  perlu  mengetahui  susur  galur  kepimpinan
               yang sebenar menerusi saluran yang betul. Sebagai contoh, bertanyakan pendapat orang

               yang sudah berpengalaman seperti para pensyarah, generasi alumni mahupun orang yang
               telah memegang jawatan tersebut sebelum ini.


                       Memang  tidak  dinafikan  bahawa  menerusi  pernyataan  serta  sokongan  daripada
               pengkaji-pengkaji  terdahulu,  kajian  mengenai  kepimpinan  amat  sesuai  dijalankan

               memandangkan natijah dan hasilnya akan mewujudkan pemimpin yang berkesan dan institusi
               pendidikan yang cemerlang (Norazizah, 2018). Tinjauan literatur yang dijalankan mendapati
               tidak  banyak  kajian  mengenai  kepimpinan  di  pusat  pengajian  tinggi  terutama  di  Institut

               Pendidikan  Guru.  Walaubagaimanapun,  terdapat  kajian  yang  dilakukan  oleh  (Norazizah,
               2018) mengenai model kepimpinan yang bertajuk Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan

               Institusi Pengajian Tinggi Majlis Amanah Rakyat.



               TEORI MODEL KAJIAN BERKAITAN KEPIMPINAN

               Terdapat  pelbagai  teori  kepimpinan  yang  telah  dikemukakan  oleh  para  cendiakawan.
               Antaranya Teori Big Bang, Teori sifat, Teori Great Man, Teori Sifat (Karakteristik) Kepribadian,

               Teori Perilaku dan banyak lagi. Teori kepimpinan yang akan dikaji oleh pengkaji ialah teori
               sifat (karakteristik) keperibadian. Menurut Chester, teori sifat keperibadian ini merangkumi
               sifat-sifat  peribadi  yang  merupakan  watak  yang  lebih  subjektif,  iaitu  keunggulan  seorang

               pemimpin dari segi keyakinan, ketekunan, daya tahan, keberanian dan lain-lain.

                       Tambahan lagi, teori ini melibatkan sifat-sifat peribadi seseorang individu yang meliputi

               kecekapan  (skill),  pengetahuan  (knowledge),  daya  ingat  (memory)  dan  imajinasi
               (imagination).  Selain  itu,  karakteristik keperibadian  (Davis)  ada  menyatakan  4  sifat  umum

               yang efektif bagi seseorang individu iaitu kecerdasan, kedewasaan dan keluasan pandangan
               sosial, motivasi diri dan dorongan dan sikap-sikap hubungan sosial. Ciri-ciri ini perlu dititik
               beratkan oleh seorang pemimpin dimana setiap pemikiran, percakapan dan perbuatannya
               akan dilihat serta dinilai oleh anak buah.


                       Di samping itu, Collons dalam A Dale Tempe (1993), mengatakan sifat yang harus
               dimiliki oleh pemimpin agar dapat mengefektifkan organisasi adalah kelancaran berbicara,


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                310
   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333