Page 378 - e Prosiding Serai 2021
P. 378

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan membangunkan pengetahuan dan yang dimiliki untuk diguna pakai dalam penyelesaian
               masalah pembelajaran dengan wajar berbantukan kemahiran aplikasi media digital secara

               efisen dalam penerapan kehidupan sebenar.

                       Kemajuan dalam literasi digital ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

               baru murid dalam menyelesaikan masalah pembelajaran dan cara mengakses, mengelola,
               menyunting, menapisan dan mengimbas maklumat yang berkaitan menerusi PjBDL. Dimana,
               literasi digital adalah ilmu yang diperluaskan dalam menghubungkan pengetahuan ICT dan

               internet untuk mencapai hasil dalam setiap tugasan dan kegiatan pembelajaran. Penggunaan
               literasi  digital  murid  dapat  berkolaborasi  bersama  rakan  kumpulan  dan  masyarakat  maya

               menerusi  pertukaran  pendapat,  pandangan  dan  perkongsian  ilmu  terkini  dalam  informasi
               pendidikan menurut pandangan Assidiqi et al (2020).


                       Justeru, kerancakan capaian internet tanpa had menyebabkan penggunaan teknologi
               digital  dalam  pelbagai  bidang  dan  sektor  mudah  dilaksanakan  pada  bila-bila  masa  bagi
               menggalakkan lagi murid membuat pelayaran dunia digital tanpa sempadan. Sehubungan itu,

               murid  dapat  mengidentifikasikan  dan  mendefinisikan  sumber  dan  konten  PDP  ke  dalam
               bentuk digital dengan olahan yang lebih ringkas, padat dan berfokus semasa mengeksplorasi

               media digital baru seperti tik tok, cup cap dan instgram dengan lebih yakin pendapat penulisan
               Garini et al, (2020).


                       Berdasarkan  permasalahan  yang  telah  dibincangkan  oleh  kajian  literatur
               menggambarkan bahawa perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui
               PjBDL perlu dimpelementasikan. Matlamat Kajian ini dijalankan untuk perlaksanaan literasi

               digital  ke  atas  murid  sekolah  rendah  melalui  PjBDL.  Kajian  seumpama  ini  telah  banyak
               disajikan  dan  dibincangkan  secara  meluas  mutakhir  ini.  Demikian  itu,  penulisan  kajian  ini
               adalah sebagai panduan kepada guru-guru untuk melatih dan menerapkan PDPC berasaskan

               projek  boleh  dilaksanankan  menggunakan  kemahiran  media  literasi  digital  dalam  amalan
               pengajaran bagi meningkatkan perkembangan diri murid serta mempraktikan kemahiran abad
               ke-21 dalam kajian (Gerhana et al, 2020) bagi proses pembelajaran sepanjang hayat.



               Objektif Kajian


               Objektif kajian adalah terdiri daripada dua faktor seperti berikut:

                   1.  Mengenalpasti pengetahuan literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital

                       ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL.
                   2.  Mengenalpasti kemahiran literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke
                       atas murid sekolah rendah melalui PjBDL.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                360
   373   374   375   376   377   378   379   380   381   382   383