Page 379 - e Prosiding Serai 2021
P. 379

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Persoalan Kajian

                   1.  Apakah pengetahuan literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke atas

                       murid sekolah rendah melalui PjBDL?

                   2.  Apakah kemahiran literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke atas

                       murid sekolah rendah melalui PjBDL?



               SOROTAN LITERATUR

               Pembelajaran PjBDL dapat menjadikan pelajar fasih teknologi, bijak teknologi, celik teknologi
               dan  cilik  menggunakan  kepastasan  teknologi  dalam  pembelajaran  serta  tahu  etika

               penggunaan  teknologi  yang  lebih  efektif  menurut  pendapat  penulisan  Karim,  M.  (2020).
               Pembacaan  menerusi  penulisan  Aying  et  al,  (2019)  menekankan  7  elemen  literasi  digital

               bergantung  pada konteks  yang  disarankan  iaitu:  literasi  media,  literasi maklumat,  individu
               digital, keterampilan pembelajaran, komunikasi, kolaborasi, indentifikasi penajemen dan juga
               dapat meningkatkan kemahiran literasi ICT melalui Fussell et al, (2021).  Tumpuan penulisan

               kajian Septiana, I., & Rifai, A. (2020) menyatakan literasi digital terdiri dari 3 dimensi utama
               iaitu, Teknik kemahiran ICT, kognitif dalam mengolah, menyunting dan fahaman etika dan

               sosial-emosi dalam kompetensi digital, penggunaan digital dan transformasi digital.

                       Di  era  pendidikan  digital,  seorang  pendidik  harus  menggunakan  kaedah  pedagogi

               baru  mengikut  rentak  pendidikan  masa  kini  untuk  seiring  sejalan  dengan  keperluan  dan
               kehendak  minat  serta  kecenderungan  pelajar  (Oktavian  et  al,  (2020).    Perkembangan
               teknologi dalam proses pembelajaran menggunakan penerimaan Model TAM dalam RBBPD

               kepada  murid  untuk  terlibat  dalam  menyelesaikan  masalah  pembelajaran  secara  tidak
               langsung pandangan Fussell, S. G., & Truong, D. (2021).


                       Model dan pendekatan pembelajaran sangat penting bagi menentukan peningkatan
               maksimum  hasil  pembelajaran  dan  dapat  dijejaki  dan  diikuti  sepanjang  masa  oleh  murid.
               Supaya  hasil  yang  diharapkan  bagi  kemenjadian  murid  ternyata  oleh  kerana  guru  bijak

               memilih  model  pembelajaran  yang  sesuai  dengan  menanamkan  master  learning  dalam
               linkungan pelajarnya bercaturkan rangkaan penulisan Meliani sihaloho et al, (2019). Justeru,
               secara  tidak  disedari  melalui  model  pembelajaran  yang  kreatif  dan  inovatif  dapat

               meningkatkan enagetik murid dalam memperkembangan kemahiran diri dalam literasi digital.

                       Berdasarkan beberapa literatur yang telah dibincangkan, cara yang digunakan untuk

               mengaplikasikan  kemahiran  literasi  digital  murid  perlu  dipertingkatkan.  Oleh  itu,  Model
               pembelajaran  RBBPD  berasaskan  PjBDL  adalah  pembelajaran  alternatif  yang  dapat



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                361
   374   375   376   377   378   379   380   381   382   383   384