Page 661 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 661

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dilakukan di Malaysia, kajian ini berpendapat bahawa bahasa figuratif juga banyak digunakan
               dalam sajak (Mary Fatimah, 2015).

                       Dalam TR, hajat untuk mencapai matlamat atau makna yang diingini, konsep kod,
               proses inferen diambil kira untuk memahami ujaran dan andaian sangat perlu dalam usaha
               untuk menjelaskan bukti dalam makna tersirat ini dan juga untuk mendapatkan isi sajak itu.

               Oleh  yang    demikian,  setiap  unsur  BF  itu  dikaji  untuk  mendapatkan  andaian.  Sebelum
               mendapat andaian, wacana atau mana-mana kata dari BF itu diklasifikasikan mengikut kod.

               Kod dan inferens digabungkan bersama-sama untuk membolehkan komunikasi yang baik.
               Ujaran itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang jelas dan manifestasi. Hal ini kerana TR ini
               menjelaskan  ciri-ciri  proses  mental  yang  terlibat  dalam  penginterpretasian  ujaran

               bermaklumat (Blackmore, 1992:27).
                       Konsep kod, inferens dan andaian memainkan peranan penting dalam memproses

               penerbitan  makna  implisit  daripada  ujaran  atau  bait  Sajak.  Kod  ialah  suatu  konsep  yang
               konkrit atau abstarak yang dapat membantu dalam penafsiran ujaran implisit itu. Menurut
               Mary Fatimah (2015), penentuan kod dapat kita memahami konteks pemula dan membuat

               inferens selepas dari pemberian kod itu. Inferens diproses dalam minda seseorang. Yang
               dimaksudkan dengan inferens ialah kesimpulan yang dibuat oleh pendengar berasaskan fakta
               tertentu dan proses membuat inferens ini diperlukan untuk membuat andaian pula. Andaian

               boleh terdiri sama ada satu atau lebih dalam set andaian itu.
                       Proses inferens membolehkan satu rumusan terhadap andaian dilaksanakan dengan
               kemungkinan  memperoleh  pelbagai  andaian.  Membuat  andaian  itu  sebenarnya  didahului

               dengan proses membuat inferens.  Proses membuat inferens pantas berlaku di dalam minda
               seseoarang. Tujuan utama proses ini adalah untuk mencari kerelevanan optimum sesuatu set

               andaian yang dibuat di dalam minda itu. Daripada set andaian itu, dipilih satu andaian yang
               sangat kuat dan kukuh. Dengan demikian, dalam andaian ini, terdapat andaian yang kuat dan
               ada  andaian  yang  lemah.  Dalam  gagasan  TR,  andaian  yang  kuat  diterima  dalam

               penginterpreatsian makna sebenar, dan andaian yang lemah digugurkan. Kemudian, andaian
               yang  benar-benar  relevan  diterima.  Selain  itu, set maklumat  juga  perlu  dalam memahami

               andaian.  Maklumat itu bermaksud konteks, ensiklopedia atau memori jangka panjang dan
               pendek manusia. Jadi, terdapat pula dua gagasan dalam TR ini, iaitu konteks, dan kesan
               konteks.  Sementara,  usaha  memproses  pula  adalah  tahap  mudah  sukarnya  penafsiran
               makna oleh pendengar.

                       Konteks  ialah  seberkas  andaian  tentang  dunia  yang  dibina  secara  psikologi  oleh
               pendengar.  Konteks  melibatkan  maklumat  tentang  persekitaran  fizikal  yang  paling  dekat,

               ujaran  terdahulu  yang  paling  hampir,  masa  depan,  hipotesis  saintifik,  atau  kepercayaan
               keagamaan,  kenangan  lucu,  andaian  am  tentang  budaya  dan  kepercayaan  terhadap
               pemikiran  penutur.  Kesemuanya  berperanan  penting  dalam  ujaran  (Sperber  dan  Wilson,


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                640
   656   657   658   659   660   661   662   663   664   665   666