Page 659 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 659
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LIMITASI KAJIAN
Sajak yang menjadi pilihan dalam kajian ini berjudul “Cerita Dalam Sajak” karyaNawawee
Mohammad yangtelah memenangi Hadiah Utama Sastera: Utusan – Public Bank, 1989 dan
disiarkan dalam Mastika Disember 1989. Selain daripada itu, sajak ini juga pernah mendapat
ulasan daripada pembaca yang mengulas berkaitan dengan permainan tradisional hanya
tinggal kenangan. Sajak ini pernah memenangi hadiah utama, dan ulasan pembaca tentang
cerita yang terdapat dalam sajak ini, penulis berpendapat juga bahawa penyair ini adalah guru
dan pernah mendidik di institusi yang sama dengan pengkaji dan beliau telah bersara).
Keadaan ini sedikit sebanyak menarik minat pengkaji untuk memberi pandangan dan ulasan
yang tuntas. Gaya kehidupan juga sama antara penulis dan pengkaji, iaitu berada di desa
yang aman, tenang dan damai. Dan, keadaan ini digambarkan dalam sajak ini.
Banyak juga cerita yang terdapat dalam sajak ini yang ingin dikongsi oleh penyair ini
kepada khalayak pembaca. Selain daripada cara kehidupan, aspek permainan tradisional,
kehidupan masyarakat dahulu, hiburan juga didedahkan oleh penyair ini. aspek-aspek inilah
yang digali dengan menggunakan TR itu.
KAJIAN LEPAS
Di Malaysia, sudah acap kali kajian tentang Teori Relevans (TR) dijalankan oleh pengkaji,
termasuklah Nor Asmah Haji Omar (1995). Mereka yang lain ialah Darus Ahmad (1974), Nor
Hashimah Jalaluddin (1991, 1992, 1995), Tan Mek Leng (1994) dan Jamaliah Mohd Ali
(1995). Mereka menjalankan kajian berkaitan perbualan dan penulisan. Bagi pengkaji yang
menjalankan kajian yang berkaitan dengan kajian sastera seperti Salmah Jabbar (1999),
Maslida Yusof (1999), Muhammad Fauzi Jumingan (2003) dan Hasmidar Hassan (2006).
Kajian mereka terarah pada novel, cerpen, majalah humor, tatabahasa dan istilah. Mary
Fatimah (2012 & 2015) pula menjalankan kajian TR dalam genre sastera sajak. Dalam kajian
Mary Fatimah yang bertajuk Teori Relevans Dalam Personafikasi (2012) membincangkan
secara tuntas sajak-sajak Usman Awang. Selain itu, Mary Fatimah juga menjalankan kajian
personafikasi, ironi dan hiperbola dalam sajak Pelacur Tua (2015). Kajian kajian lepas yang
dijalankan oleh Mary Fatimah (2012 dan 2015) mengambil data personafikasi (2012), ironi
dan hiperbola (2015). Mary Fatimah dengan berjayanya mencungkilkan BF dengan
menggunakan TR itu. Berbangkit dari sini, penulis cuba melihat BF yang lain, iaitu
perlambangan dan perbandingan pula, di samping satu data dalam personafikasi seperti
dalam rajah di atas dalam penghuraian menggunakan TR ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 638

