Page 219 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 219
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
Pisang • Bahan utama dalam pemprosesan kerepek pisang masin.
Garam • Memberi rasa.
Perisa ayam • Meningkatkan rasa.
Air • Melarutkan garam dan perisa ayam.
• Merendam hirisan pisang.
Minyak masak
• Menggoreng kerepek pisang masin.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah.
Sudu Alat untuk menyukat dan mengacau.
Pisau Mengupas kulit pisang.
Penghiris (Slicer) Menghiris nipis pisang.
Sudip Mengacau kerepek pisang masin semasa menggoreng.
Sudip pengetus Mengetus kerepek pisang masin yang siap digoreng.
Kuali Alat untuk menggoreng pisang.
Penapis Mengetus pisang yang telah direndam.
Penimbang digital Menimbang bahan mentah.
Tisu dapur Menyerap minyak lebihan kerepek pisang masin.
Mesin pemateri plastik Memateri plastik bungkusan kerepek pisang masin.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkus Fungsi
Plastik Low – Density Polyethylene Membungkus kerepek pisang masin yang telah siap.
(LDPE)
213

