Page 217 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 217

4.5   MEMPROSES KEREPEK PISANG MASIN


             Pengenalan

             Kerepek pisang  masin dihasilkan daripada  hirisan pisang yang
             digoreng secara goreng jeluk (deep frying) dan diasingkan secara         Info
             menabur garam halus ataupun mencampurkan larutan garam ketika
             proses menggoreng dijalankan. Pisang yang cukup matang dapat        Buah pisang yang sesuai
             menghasilkan kerepek pisang masin yang berkualiti. Pisang tanduk,   dijadikan kerepek adalah pada
                                                                                 indeks kematangan 1 hingga 3.
             pisang nangka, pisang awak dan pisang nipah merupakan pisang yang   Pada tahap ini, tekstur pisang
             diproses untuk snek kerepek pisang masin. Pisang tanduk menghasilkan   masih keras, tahap kelembapan
             kerepek pisang masin yang berwarna kuning kemerahan dan lebih       masih rendah dan kandungan
             bermutu tinggi.                                                     gula 0.5 – 4.5% yang dapat
               Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang      memberi kerangupan pada
             masin  bermula dari aspek pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk   kerepek pisang.
             dibuat kerepek.  Tidak semua pisang sesuai untuk dibuat kerepek
             kerana akan menghasilkan rasa yang tidak sedap. Pisang yang terlalu
             masak juga tidak sesuai dibuat kerepek pisang masin kerana kerepek
             yang dihasilkan akan lembik.





























































                                                                                                         211
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222