Page 249 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 249
7. Nyatakan bahagian keratan anatomi ubi kayu berdasarkan rajah di bawah.
Empulur
Korteks
Lapisan kambium Starchy flesh
8. Jadual di bawah menunjukkan bahan dan kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan 2 kg cincau.
Bahan Kuantiti
Daun dan dahan cincau 100 g
Air abu 20 ml
Tepung keledek 100 g
Air untuk rendaman cincau 4.5 l
Air untuk bancuh tepung keledek 200 ml
Bekas plastik berpenutup 8 biji
(a) Berdasarkan jadual, nyatakan kuantiti bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 16 kg cincau.
(b) Hitungkan kuantiti bekas plastik berpenutup yang diperlukan sekiranya anda ingin mengisi setiap
bekas plastik berpenutup dengan cincau seberat 250 g.
9. Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis fungsi setiap bahan dalam pemprosesan sos cili.
Bahan Fungsi
Modified Corn Starch (MCS)
Gam makanan
Carboxy Methyl Cellulose (CMC)
Natrium benzoat
243

