Page 250 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 250
10. Jadual di bawah menunjukkan bahan dan kos yang terlibat untuk menghasilkan 1 kg mi kuning.
Bil. Perkara Kos (RM)
1. Upah 1.50
2. Tepung gandum 0.80
3. Garam 0.10
4. Air abu 0.30
5. Gas masak 0.60
6. Minyak masak 0.20
7. Pewarna kuning 0.30
Berdasarkan jadual:
(a) Pilih dan senaraikan bahan untuk menghasilkan mi kuning.
(b) Hitung kos projek.
11. Bahan X berfungsi untuk menghasilkan permukaan cincau yang licin dan berkilat. Nyatakan bahan
X tersebut.
12. Nyatakan tujuan langkah kerja menggaul pektin dengan sebahagian gula dalam pemprosesan
jem nanas.
13.
Kos bahan Kos upah Kos projek
RM 18.00 RM 3.50 RM 22.50
Berdasarkan jadual di atas, kirakan kos overhed untuk penghasilan sembilan botol sos cili.
14. Bahan Y dihasilkan daripada gabungan tiga bahan yang berikut:
(a) Natrium karbonat
(b) Natrium silikat
(c) Air suam
Nyatakan bahan Y tersebut.
15.
Sos cili dimasukkan ke dalam Jem nanas dimasukkan ke
botol semasa masih panas dan dalam botol ketika masih
ditutup serta-merta. panas dan ditutup segera.
Situasi di atas perlu dilakukan dalam pemprosesan sos cili dan jem nanas. Berikan sebab berlakunya
situasi tersebut.
244

