Page 252 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 252

21. Berikan dua tujuan tepung gandum diayak dalam pemprosesan mi kuning.
           22. Nyatakan bahan yang terdapat di dalam dahan dan ranting cincau yang mampu menyejukkan badan
              dan mengubati demam.
           23. Kacang soya dikisar halus dalam pemprosesan susu kacang soya. Jelaskan kesan jika kacang soya dikisar
              terlalu halus.
           24. Senaraikan dua punca tapai pulut yang dihasilkan lembik dan hancur.
           25. Tuliskan nama mikroorganisma yang menghidrolisis kanji kepada gula dalam pemprosesan tapai ubi.

           26. Apakah tujuan utama merebus botol  sos sebelum digunakan?
           27. Mengapakah jeruk buah masih boleh rosak walaupun dikategorikan sebagai makanan yang diawet?    KBAT
           28. Susu kacang soya dibungkus di dalam botol kaca, botol plastik dan kotak. Cadangkan pembungkusan
              yang baharu pada susu kacang soya.    KBAT



                          Anda memproses cincau. Semasa penilaian kualiti dijalankan, anda mendapati
                          kriteria kualiti cincau adalah seperti  berikut:





                                         Kelabu            Lembik             Hangit



           29. Berdasarkan aspek yang berikut, terangkan sebab bagi setiap kriteria yang berlaku seperti di atas.   KBAT
           30. Produk pemprosesan hasil tanaman antara produk makanan yang mendapat sambutan
              di Malaysia. Kenal pasti beberapa inovasi yang boleh dilakukan sama ada dari segi produk   KBAT
              ataupun pembungkusan.
















































             246
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257