Page 269 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 269
Mengapakah Syarikat Indah mengambil pendekatan yang berbeza?
1. Sebiji donat Doubletrouble sudah menyerupai dua biji donat biasa
dengan harga yang lebih murah.
2. Keunikan rasa donat:
(a) Coklat rangup.
(b) Lemon.
(c) Pada bahagian tengah donat Doubletrouble memberi rasa
yang unik iaitu gabungan coklat rangup dan lemon.
3. Kos bahan mentah yang digunakan untuk memproses sebiji
donat Doubletrouble lebih rendah berbanding dua biji donat.
Oleh itu, kos pemprosesannya (bahan mentah, upah dan
overhed) lebih murah dan membolehkan keuntungan meningkat.
Aktiviti
4. Pelanggan akan rasa tertarik dengan beberapa elemen yang
diterapkan dalam satu produk.
Cadangkan satu inovasi
5. Berlaku inovasi bagi mengukuhkan kemandirian syarikat. produk pemprosesan
makanan dari segi
pembungkusan produk.
Lakukan aktiviti ini dalam
bentuk sumbang saran.
Jawab soalan yang berikut.
1. Berikan definisi reka bentuk dan inovasi.
(a) Reka bentuk
(b) Inovasi
2. Nyatakan elemen dan prinsip yang digunakan dalam reka bentuk tiga jenis makanan yang berikut.
3. Pada pendapat anda, mengapakah proses inovasi baik untuk ketahanan sesuatu produk industri KBAT
makanan?
4. Encik Ahmad merupakan seorang pengusaha jem nangka di tempat anda. Apakah satu cadangan KBAT
inovasi yang boleh dilakukan untuk mempopularkan lagi produk jem nangkanya?
263

