Page 116 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 116
3.2 MEMPROSES ROTI BAN BERINTI
Pengenalan
Roti merupakan makanan ruji bagi masyarakat Barat dan Timur Tengah yang boleh disediakan dengan
kaedah bakar, kukus atau goreng. Bahan asas yang digunakan ialah yis segera, tepung tinggi protein, tepung
serba guna, serbuk penaik, pembaik roti (bread improver), pelembut roti (bread softener). Bahan tambahan
lain iaitu telur, lemak, perasa, susu dan sebagainya untuk meningkatkan mutu roti.
Roti komersial menggunakan tepung roti berprotein tinggi (high protein) berbanding tepung serba
guna. Tepung roti mengandungi kandungan protein tinggi sehingga 14% dan akan menghasilkan roti
yang lebih kenyal dan elastik. Terdapat pelbagai jenis roti ban terdapat di pasaran dengan pelbagai kaedah
pemprosesannya. Di Malaysia, roti telah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira peringkat
umur,bangsa dan agama. Roti ban amat digemari dan sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa kerana
roti ini ringkas, mudah, berkhasiat dan boleh dihidangkan dalam pelbagai variasi dan gaya hidangan.
Jenis-jenis Roti Ban Manis dan Savouri
Roti Ban Manis Roti Ban Savouri
Roti inti kelapa Roti inti kaya Roti inti tuna
Roti inti coklat Roti inti kacang merah Roti inti sardin
Foto 3.1 Jenis-jenis roti ban manis dan savouri
Info
Berikut merupakan punca-punca permukaan atas roti merekah setelah dibakar:
1. Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun atau menguli.
2. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk.
3. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
110

