Page 117 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 117

Bijirin atau produk berasaskan bijiran merupakan sumber tenaga dalam diet seharian manusia. Bijirin
               membekalkan kira-kira 10 – 20 kali ganda tenaga berbanding buah dan sayur. Tanaman bijirin mengandungi
               protein, karbohidrat, kumpulan vitamin B, vitamin E, zat besi, mineral dan fiber. Berikut merupakan beberapa
               contoh tanaman bijirin yang utama:


                                                     Beras



























                                                    Bijirin yang
                                                       Utama





                                                                                       Jagung






                            Gandum












                                                                Barli

                                             Rajah 3.1 Tanaman bijirin yang utama


                    Gandum dan beras merupakan bijirin yang paling penting dalam sumber pemakanan manusia dan
               menghasilkan sebanyak 55% produk berasaskan bijirin ini. Gandum memberi sumbangan sebanyak kira-kira 20%
               daripada sumber protein yang diperlukan oleh manusia dalam sehari. Kandungan gluten yang tinggi di dalam
               gandum (yang menyebabkan doh elastik, kenyal dan melantun), menjadikan gandum bijirin yang paling sesuai
               digunakan bagi penyediaan roti.




                                                                                                         111
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122