Page 119 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 119
Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus
Bahan
Bahan Mentah Fungsi
• Bahan utama dalam pemprosesan roti ban berinti.
Tepung gandum berprotein tinggi
• Membentuk roti ban berinti yang lebih ringan, berongga dan berudara.
• Membekalkan sumber makanan kepada yis.
Gula halus
• Memberikan rasa manis dan warna pada kulit roti ban berinti.
• Bahan penaik atau pemangkin yang menghuraikan gula kepada gas
Yis segera karbon dioksida.
• Menjadikan roti ban berinti yang berongga, lembut dan gebu.
• Memberikan rasa lemak (mouthfeel) pada roti ban berinti.
Susu tepung skim • Menambah nutrien pada roti ban berinti.
• Pembentukan warna pada roti ban berinti.
• Memberi tekstur lembut pada roti ban berinti.
Pelembut roti (Bread softener)
• Mengikat air dan lemak dalam doh.
Lemak sayuran • Memperbaik tekstur roti supaya roti kekal lembut setelah sejuk.
• Menambah nutrien, iaitu protein.
Telur • Bahan pelembap.
• Memberikan warna.
• Melarutkan bahan adunan.
Air • Menstabilkan bahan.
• Mengawal suhu adunan.
• Memberi kesan berkilau pada permukaan roti ban berinti
Marjerin
selepas dibakar.
• Meningkatkan rasa.
Inti
• Nilai tambah kepada roti.
Alatan
Peralatan Fungsi
Mangkuk Mengisi bahan mentah dan adunan doh.
Sudu Alat untuk menyukat dan mengacau.
Dulang pembakar Menyusun roti ban berinti semasa membakar.
Kain maslin Menutup doh semasa merehatkannya.
Berus pastri Menyapu rata marjerin pada permukaan roti ban berinti yang telah dibakar.
Penimbang digital Menimbang bahan dan doh roti ban berinti.
Mesin pengadun (Mixer) Mengadun bahan kering dan basah hingga menjadi doh.
Proofer Mengembangkan doh
Ketuhar Membakar roti ban berinti.
Mesin Pemateri Plastik Memateri plastik pembungkus roti ban berinti.
Bahan dan alatan pembersihan Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
Perlengkapan Perlindungan Peribadi Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
(Personal Protective Equipment-PPE)
Bahan Pembungkus
Bahan Pembungkusan Fungsi
Plastik Low-Density Membungkus roti ban berinti yang telah siap.
Polyethylene (LDPE )
113

