Page 127 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 127

Fungsi Bahan, Alatan dan Bahan Pembungkus


             Bahan
                        Bahan Mentah                                        Fungsi

             Tepung gandum serba guna            •  Bahan utama dalam pemprosesan muffin.

                                                 •  Membentuk tekstur muffin yang lebih ringan, berongga dan berudara.
             Tepung berprotein tinggi
                                                 •  Berupaya menyerap lebihan air.
                                                 •  Melembutkan  muffin, memberi bau harum dan membantu
             Mentega
                                                   pembentukan crust.
             Susu segar                          •  Memberi rasa lemak berkrim dan menambah nutrien muffin.
             Gula kastor                         •  Memberi rasa manis dan tekstur yang halus.
                                                 •  Melembapkan  muffin, memberi warna kuning dan menambahkan
             Telur
                                                   nilai pemakanan.
                                                 •  Menaikkan bater semasa dibakar dengan membebaskan gas karbon
             Serbuk penaik                         dioksida.
                                                 •  Memberikan tekstur gebu.
             Perisa vanila                       •  Memberi rasa dan bau kepada muffin.
             Pewarna kuning                      •  Memberi warna kuning kepada muffin.



             Alatan

                          Peralatan                                         Fungsi

             Mangkuk                            Mengisi bahan mentah dan adunan doh.
             Sudu                               Alat untuk menyukat dan mengacau.
             Pengayak                           Mengayak tepung dan serbuk penaik.

             Petitin                            Acuan.
             Penimbang digital                  Menimbang bahan muffin.
             Mesin pengadun (Mixer)             Mengadun adunan muffin.

             Jag                                Menuang adunan ke dalam acuan atau cawan kertas.
             Ketuhar                            Membakar muffin.
             Cawan kertas (Paper cup)           Mengisi bater.

             Bahan dan alatan pembersihan       Membersihkan alatan, mesin dan persekitaran bengkel.
             Perlengkapan Perlindungan Peribadi   Pakaian yang digunakan semasa menjalankan proses amali.
             (Personal Protective Equipment-PPE)


             Bahan Pembungkus

                     Bahan Pembungkus                                       Fungsi

             Kotak kertas                       Membungkus muffin yang telah siap.












                                                                                                         121
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132