Page 47 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 47
Agensi yang Terlibat dalam Sistem Pengurusan
Industri Makanan
1.4.5 Mengenal pasti agensi yang
Terdapat beberapa agensi yang membantu usahawan dari segi terlibat dalam membantu
kewangan dan bimbingan. sistem pengurusan industri
makanan.
Agensi-agensi Terlibat
Jadual 1.4 Agensi-agensi yang terlibat dalam sistem pengurusan industri makanan
Agensi Peranan Logo
Jabatan Kemajuan Islam Badan rasmi yang berkuasa dalam hal ehwal
Malaysia (JAKIM) pensijilan halal.
Perbadanan Pembangunan Mempromosikan, menyelaras dan
Industri Halal (Halal Industri membangunkan jenama HALAL Malaysia.
Development Corporation –
HDC)
Kementerian Dalam Negeri Menggalakkan pembangunan perdagangan
dan Hal Ehwal Pengguna dalam negeri supaya berdaya maju, berdaya
(KPDNHEP) saing dan berdaya mampan.
Jabatan Agama Islam Negeri Mengurus permohonan Sijil Halal Malaysia,
(JAIN) Sijil Tauliah Sembelihan negeri dan
Contoh: menjalankan pemantauan.
Jabatan Agama Islam Negeri
Perak
Bahagian Keselamatan dan Merancang, melaksana, memantau dan
Kualiti Makanan, Kementerian menilai Program Keselamatan dan Kualiti
Kesihatan Malaysia (KKM) Makanan.
Jabatan Perkhidmatan Menguruskan pensijilan halal rumah
Verterinar (JPV) sembelihan di luar negara untuk daging
import.
Jabatan Kastam Diraja Memantau import produk makanan halal.
Malaysia (KDRM)
Jabatan Standard Malaysia Bertanggungjawab membangunkan standard
(JSM) untuk makanan halal.
Jawab soalan yang berikut.
1. Nyatakan tiga sistem pengurusan dalam industri makanan.
2. Berikan satu sebab industri makanan perlu menggunakan sistem FIFO.
KBAT
3. Konsep produk makanan halal ialah makanan yang tidak mengandungi sumber bahan yang tidak
halal. Nyatakan tiga sumber bahan yang tidak halal tersebut.
KBAT
4. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan agensi dalam sistem pengurusan
industri makanan?
41

