Page 44 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 44
Sistem Pengurusan dalam Industri
Pemprosesan Makanan
Jadual 1.3 Peranan sistem pengurusan dalam industri pemprosesan makanan
Sistem Pengurusan Peranan
Amalan Pengilangan yang Baik (Good • Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing
Manufacturing Practices – GMP) Practices – GMP) diwujudkan bagi membantu industri
Pengenalan untuk mencapai piawaian pengeluaran makanan yang
lebih tinggi bagi memenuhi kehendak keselamatan
makanan dan kehendak pengguna.
• Garis panduan ini menyediakan panduan tentang
elemen-elemen utama GMP kepada industri makanan
Objektif
daripada penerimaan bahan mentah hingga ke
pengedaran produk.
• Pelaksanaan garis panduan ini juga mewujudkan
Faedah keseragaman dalam Amalan Pengilangan yang Baik
(GMP) bagi industri makanan.
Sistem Analisis Titik Kawalan Kritikal • Pengiktirafan Sistem Analisis Titik Kawalan Kritikal
(Hazard Analysis and Critical Control (Hazard Analysis and Critical Control Points – HACCP)
Points – HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada
Pengenalan industri yang mencapai mengamalkan
elemen-elemen HACCP dan seterusnya memenuhi
kehendak keselamatan makanan dan
kehendak pengguna.
• Untuk memastikan makanan yang dihasilkan selamat.
• Untuk memenuhi kehendak negara-negara
Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi
pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
Objektif
• Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan
di negara ini, memandangkan sistem HACCP ini
akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan
seluruh dunia.
• Mendapat keutamaan dalam permohonan
Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan
memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga
(3) hari berbanding 19 hari bagi industri yang tidak
mendapat pengiktirafan HACCP Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
• Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang
telah mendapat pengiktirafan.
Faedah • Salah satu keperluan dalam mendapatkan No. EU bagi
tujuan pengeksportan ke EU.
• Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport
seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO dan lain-lain.
• Menguatkan dan menyokong kepada sistem jaminan
kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
• Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam
pasaran makanan global.
38

