Page 45 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 45

Sistem Pengurusan                                     Peranan
             Sistem Pengurusan                        •  Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) merupakan
             Keselamatan Makanan (Food                  gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara
             Safety Management System –   Pengenalan    di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan standard  (piawaian)
             FSMS)                                      industri dan komersial.



                                                      •  Pensijilan ISO 22000 direka untuk mengesahkan sistem
                                                        keselamatan makanan syarikat penghasil makanan yang
                                                        memproses atau menghasilkan produk haiwan, tanaman
                                            Objektif    tahan lama, produk dengan jangka hayat yang panjang,
                                                        bahan tambahan, vitamin dan makanan tambahan
                                                        yang serupa.


                                                      •  Membantu pengeluar menembusi pasaran domestik dan
                                                        antarabangsa.
                                                      •  Meraih keyakinan pelanggan dari aspek keselamatan makanan
                                                        yang dikeluarkan.
                                                      •  Kos dan masa siasatan insiden dapat dijimatkan kerana dapat
                                                        membendung insiden daripada berlaku.
                                            Faedah    •  Sistem ini menggalakkan penambahbaikan yang berterusan
                                                        menjadikan pengeluar berdaya tahan.
                                                      •  Meningkatkan moral dan komitmen sumber manusia atas
                                                        tanggungjawab keselamatan makanan bersama.
                                                      •  Mematuhi piawaian antarabangsa menyebabkan pengeluar
                                                        lebih berdaya saing.
                                                      •  Meningkatkan keberuntungan dan jaminan perniagaan.


             Makanan Selamat                          •  Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
             Tanggungjawab Industri                     merupakan salah satu Program Jaminan Keselamatan
             (MeSTI)                      Pengenalan    Makanan (PJKM) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



                                                      •  Untuk membantu pengusaha produk makanan khususnya
                                                        Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menghasilkan
                                            Objektif
                                                        produk yang bersih dan selamat untuk pengguna.


                                                      •  Pensijilan dan bimbingan percuma.
                                                      •  Tempoh sah pensijilan selama tiga tahun.
                                                      •  Memudahkan proses permohonan pensijilan halal (JAKIM).
                                                      •  Memudahkan pasaran produk di pasar raya besar dan
                                                        sebagainya.
                                                      •  Mempercepat pengeluaran sijil pengeksportan seperti
                                            Faedah      Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) dalam tempoh satu
                                                        hari tanpa dokumen tambahan.
                                                      •  Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan
                                                        pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut.
                                                      •  Memenuhi keperluan perundangan di bawah
                                                        Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.




                                                                                                         39
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50