Page 46 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 46
Sistem Pengurusan Peranan
Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) • Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) merupakan satu pengiktirafan
yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi
menggalakkan penyediaan makanan yang selamat dan sihat.
Pengenalan
• BeSS merupakan satu program penambahbaikan terhadap
program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
• Mengiktiraf empat bahagian iaitu:
- Mengekalkan premis yang bersih
- Menyediakan makanan yang selamat
Objektif
- Menyediakan makanan yang sihat
- Menyediakan makanan dalam saiz hidangan yang betul
mengikut keperluan individu
• Mematuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-
peraturan Kebersihan Makanan 2009.
• Sijil Pengiktirafan BeSS akan diberikan secara percuma bagi
premis makanan yang mendapat pengiktirafan.
Faedah • Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi yang dianjurkan
oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
• Menarik lebih ramai pelanggan kerana pelanggan mempunyai
pilihan premis yang bersih bagi mendapatkan makanan yang
selamat dan sihat.
Sistem lain dalam Industri Makanan di Malaysia
Penyimpanan dan penstoran produk perlu mempunyai sistem yang standard supaya produk tersebut tidak
mengalami kerosakan dan teratur. Sistem yang boleh digunakan ialah First In, First Out (FIFO) dan Last In, First
Out (LIFO).
(a) First In, First Out (FIFO)
First in, first out (FIFO) dalam industri makanan berfokuskan kepada tarikh luput. Sistem standard ini banyak
digunakan dalam industri makanan. Sebagai contoh, bahan mentah yang diterima dahulu akan digunakan
terlebih dahulu. Sesetengah bahan mentah tersebut mengandungi tarikh luput yang perlu dipatuhi dan
penting untuk mengekalkan kesegaran bahan
mentah seterusnya menghasilkan produk yang FIFO
berkualiti. Kaedah yang sama juga dipraktikkan 1 2 3
kepada produk siap. Cara penyusunan produk siap
di dalam stor membolehkan produk yang disiapkan MASUK KELUAR
terlebih dahulu dikeluarkan ke pasaran. (First Expired, 1 2 3 1 2 3
First Out– FEFO).
Rajah 1.15 Aliran First In, First Out (FIFO)
(b) Last In, First Out (LIFO)
Last In, First Out (LIFO) dalam industri makan pula
adalah berkaitan dengan kos. Contohnya, produk siap
mengikut tarikh ialah A dan B. Produk A siap terlebih MASUK
dahulu siap berbanding produk B. Jika mengikut 1 2 3 1 2 3
kepada sistem FIFO produk A mestilah dikeluarkan LIFO
terlebih dahulu berbanding produk B. Tapi sekiranya 3 2 1
produk B mendapat pesanan daripada pelanggan,
KELUAR
kita akan menjual produk B terlebih dahulu. Kaedah Rajah 1.16 Aliran Last In, First Out (LIFO)
ini akan mengutamakan pesanan yang diterima.
40

