Page 97 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 97
Pembungkusan dan Penyimpanan
Popcorn daging ayam perlu disimpan pada suhu sejuk beku bagi mengekalkan kesegaran produk.
Pembungkusan sejuk beku memerlukan bahan yang tahan sejuk beku seperti plastik polyethylene (PE).
Popcorn daging ayam yang telah siap dibungkus perlu disimpan di dalam peti sejuk beku pada suhu
di bawah - 18°C.
2.6.6 Melakukan pembungkusan
produk menggunakan
bahan dan kaedah yang
betul.
2.6.7 Melakukan penyimpanan
produk di tempat yang betul.
1 Masukkan popcorn daging ayam yang telah
beku ke dalam plastik PE.
Aktiviti
Secara berpasangan, cari
maklumat di Internet mengenai
kaedah pembungkusan popcorn
daging ayam yang telah
digoreng. Hasilkan bungkusan
popcorn daging ayam yang boleh
mengekalkan kepanasannya.
2 Bungkus popcorn daging ayam dengan
menggunakan pemateri vakum.
3 Simpan popcorn daging ayam yang telah siap
dibungkus ke dalam peti sejuk beku.
91

