Page 204 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 204
Contoh 3
Diberi a = 56°. Dengan menggunakan kalkulator, cari nilai bagi
(a) kosek a (b) sek a (c) kot a
Penyelesaian
1 1 1
(a) kosek 56° = (b) sek 56° = (c) kot 56° =
sin 56° kos 56° tan 56°
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
= 1.206 = 1.788 = 0.675
Sudut A dan sudut B dikatakan sudut pelengkap antara satu sama lain jika A + B = 90°.
Oleh itu,
A = 90° – B dan B = 90° – A
Aktiviti Penerokaan 2 Berkumpulan PAK-21
Tujuan: Menerbitkan rumus sudut pelengkap D C
Langkah:
1. Perhatikan segi empat tepat ABCD dalam rajah di sebelah. 90° – θ y
Kemudian, lengkapkan panjang sisi bagi segi empat tepat
ABCD itu. θ
A x B
2. Salin dan lengkapkan jadual di bawah dalam sebutan x dan y.
Lajur A Lajur B
sin q = sin (90° – q) =
kos q = kos (90° – q) =
tan q = tan (90° – q) =
kot q = kot (90° – q) =
sek q = sek (90° – q) =
kosek q = kosek (90° – q) =
3. Berdasarkan jadual di atas, padankan nisbah trigonometri dalam Lajur A dengan nisbah
trigonometri dalam Lajur B.
4. Seterusnya, bandingkan hasil dapatan kumpulan anda dengan kumpulan lain dan buat
kesimpulan menyeluruh tentang perbandingan yang dilakukan.
Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 2, rumus sudut pelengkap adalah seperti berikut:
• sin q = kos (90° – q) • kos q = sin (90° – q) • tan q = kot (90° – q)
• sek q = kosek (90° – q) • kosek q = sek (90° – q) • kot q = tan (90° – q)
194 6.2.1

