Page 100 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 100

Rajah 6: Sumber modal memulakan perniagaan

                  Graduan yang menjadi usahawan mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa. Ini
           dapat dilihat  pada Rajah 6 melalui  sumbangan modal  daripada keluarga. Ini  merupakan
           sumber modal paling utama iaitu  seramai 8 orang graduan mendapat sumbangan modal
           daripada keluarga masing-masing.  Ini  diikuti  oleh  simpanan graduan sendiri.  Selebihnya
           modal daripada rakan kongsi dan pinjaman MARA. Kesemua usahawan ini menjalankan
           perniagaan daripada premis persendirian iaitu dari rumah dan tapak perniagaan masing-
           masing. Dapatan ini membuktikan  pengaruh  keluarga merupakan  faktor penting yang
           mendorong graduan memilih kerjaya sebagai usahawan setelah tamat pengajian (Md Mohar et
           al., 2001) dan Zafir dan Fazilah (2003).



























                      Rajah 7: Faktor pemilihan keusahawanan sebagai kerjaya

                  Merujuk kepada Rajah 7, 83% graduan memilih kerjaya keusahawanan kerana ingin
           berdikari.  Manakala selebihnya 8.3% graduan memilih  kerjaya sebagai usahawan kerana
           waktu kerja yang fleksibel dan tidak berminat makan gaji. Bagi mengukuhkan dapatan kajian,
           sesi temubual telah dijalankan kepada 6 responden yang telah memilih keusahawanan sebagai
           kerjaya. Kesemua 6 responden ini ialah 5 wanita (P1, P2, P3, P4, dan P5) dan 1 lelaki (L1). Bagi
           mengetahui kecenderungan mereka memilih kerjaya keusahawanan, dua soalan utama yang
           ditemubual adalah faktor utama pemilihan kerjaya sebagai usahawan dan faktor luaran dan
           dalaman pemilihan kerjaya sebagai usahawan.

                                                       98
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105