Page 97 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 97

Jadual 1 menunjukkan Pencapaian KPI Unit Keusahawanan bagi tahun 2018 Kolej
           Komuniti Sik. Unit Keusahawanan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK
           mensasarkan beberapa pencapaian melalui  pembudayaan keusahawanan, alumni  yang
           menjadi usahawan, Doing Business While Study (DBWS), tenaga pengajar mahir, inkubator
           usahawan, job creator, kolaborasi dengan agensi serta Program 1 Pelajar 1 Perniagaan (1P1P).

                 Jadual 1: Pencapaian KPI Keusahawanan 2018 Kolej Komuniti Sik

                       BIL                PERKARA                    KPi       PENCAPAIAN
                       1    PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN                 350           978
                       2    ALUMNI KEUSAHAWANAN                       1             2
                       3    DBWS                                      10           15
                       4    TENAGA PENGAJAR MAHIR                     1             2
                       5    INKUBATOR                                 1             2
                       6    JOB CREATOR                               1             2
                       7    KOLABORASI                                1             2
                       8    1P1P                                      2            20

           3.0    Metodologi

                  Kajian yang dijalankan ini  berbentuk  mixed-method yang mana kaedah kuantitatif
           dan kualitatif dijalankan. Instrumen kajian yang digunakan  adalah soal selidik. Alalisis
           data dilakukan  menggunakan  Statistical  Packages for  Social  Sciences (SPSS)  versi 17.0
           bagi mendapatkan peratus tinjauan melalui  kaedah  crosstab.  Responden terdiri  daripada
           keseluruhan 53 graduan yang telah tamat pengajian pada bulan Februari, Jun dan Disember
           2017. Rajah 1 memaparkan umur dan jantina responden.  Kesemua  graduan  yang telah
           tamat pengajian diberikan borang Soal Selidik. Item-item  soal selidik menggunakan  Skala
           Likert  1-5.  Soal  selidik  mengandungi  7  bahagian  termasuk  demografi,  status  pekerjaan
           terkini graduan serta pengalaman semasa belajar di kolej komuniti. Setelah graduan menjadi
           usahawan dikenalpasti, kaedah kualitatif iaitu temubual secara atas talian dilakukan. Bagi
           mengukuhkan dapatan kajian, sesi temubual telah dijalankan kepada 6 responden yang telah
           memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Kesemua 6 responden ini ialah 5 wanita (P1, P2, P3,
           P4, dan P5) dan 1 lelaki (L1). Dapatan ini dikaitkan bagi mendapatkan rumusan kajian.








                                  Rajah 1: Umur dan jantina responden























                                                       95
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102