Page 102 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 102
Jadual 3: Dapatan Temubual Cabaran Memulakan Perniagaan
Elemen Responden
P1 P2 P3 P4 P5 L1
Modal √ √ √ √ √
Pasaran √ √ √ √ √ √
Persaingan √ √ √ √ √
Bekalan Bahan Mentah √ √
Pelanggan √ √ √
Pekerja/Buruh √
Keyakinan diri √ √
Langkah kerajaan mewujudkan Pelan Tindakan Keusahawanan dilihat telah
menggiatkan aktiviti keusahawanan di IPT. Kesemua usahawan berpendapat program
pengajian yang telah diikuti di kolej membantu dalam pekerjaan mereka sekarang. Kursus
yang berkaitan dengan produk makanan yang telah diambil bagi graduan Sijil Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan semasa di kolej yang membantu graduan memilih untuk
menjadi usahawan dalam bidang makanan. Pada semester ketiga, iaitu semester akhir di
kolej sebelum menjalani Latihan Industri, pelajar-pelajar telah mengikuti kursus MPU1222,
Keusahawanan. Melalui kursus ini, pelajar-pelajar telah belajar cara-cara pemasaran produk
serta menjalani latihan keusahawanan secara terus melalui simulasi perniagaan. Jadual 4
menunjukkan dapatan temubual bagi latihan keusahawanan membantu graduan memilih
kerjaya keusahawanan. Kesemua responden bersetuju latihan keusahawanan yang dijalani
kolej amat membantu dalam pemilihan kerjaya keusahawanan.
Jadual 4: Dapatan Temubual Latihan Keusahawanan Membantu
dalam Pemilihan Kerjaya
Elemen Responden
P1 P2 P3 P4 P5 L1
Amat Membantu √ √ √ √ √ √
Semasa menjalani modul keusahawanan, pelajar Kolej Komuniti Sik telah menjalankan
jualan makanan Ready-to-Eat di sekitar kolej. Salah satu metod yang dijalankan ialah membuat
iklan kepada warga kolej untuk mengambil pesanan. Pesanan direkodkan untuk pembuatan
produk jualan pada tarikh yang ditetapkan. Setelah produk siap, pelajar akan mengedarkan
di sekitar kolej kepada semua pelanggan.
Teknik simulasi perniagaan lain yang dijalankan pula ialah menyertai jualan-
jualan di luar kampus seperti Jualan di Pesta Konvokesyen, Program Mencuci Kenderaan
Sambil Beramal, jualan di Karnival Youngpreneurs, Go! SSM 2017, dan jualan di Showcase
Entrepreneur. Peserta bagi setiap program dipilih secara bergilir. Ini bagi memberi peluang
kepada semua pelajar merasai suasana perniagaan yang sebenar. Selepas simulasi perniagaan
berlangsung, pelajar-pelajar diminta untuk membentangkan kos pelaksanaan projek serta
hasil untung-rugi perniagaan masing-masing dalam kelas. Ini dijalankan mengikut kumpulan
simulasi perniagaan. Ini bagi membolehkan pelajar mendalami ilmu pengurusan kewangan
dengan lebih baik, tidak terhad kepada teori di dalam kelas sahaja. Aktiviti-aktiviti serta
program keusahawanan ini dijalankan bagi memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar
dalam bidang perniagaan. Jadual 5 memaparkan program keusahawanan yang melibatkan
pelajar bagi tahun 2017.
100

