Page 103 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 103

Jadual 5: Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Keusahawanan

            BIL                    PROGRAM                         TARIKH       PENGLIBATAN PELAJAR
                                                                                      (ORANG)
             1   Mencuci Kenderaan Sambil Beramal                16/02/2017              25
             2   Karnival Youngpreneurs, Go! SSM 2017           24-25/02/2017            12
             3   Pendaftaran SSM                                 25/02/2017              9
             4   1k Homemade Flavour Bread                      26-27/02/2017            15
             5   SME Boot Camp 90 Days Business Challenge 2017  16-17/03/2017            4
             6   Bengkel Penulisan Rancangan Perniagaan          24/05/2017              25
             7   Pertandingan Akhir SME Boot Camp 90 Days Business   4-5/07/2017         4
                 Challenge 2017
             8   Young SocialPreneur Programme (YS2P) 2017      16-19/07/2017            20
             9   Bengkel Kewangan Bersama CIMB Siri 1           22-23/07/2017            4
             10  Bengkel Implementation Crowdfunding dalam       27/07/2017              4
                 Perolehan Dana
             11  Jualan Gerai Sempena Konvokesyen Kolej Komuniti   10-12/08/2017         12
                 Wilayah Utara 2017
             12  Siswapreneur Showcase @ Sungei Wang Plaza      10-13/08/2017            4
             13  Bengkel Kewangan Bersama CIMB Siri 2           19-21/08/2017            4
             14  Bengkel Kewangan Bersama CIMB Siri 3           9-10/09/2017             4
             15  Jualan Produk Ready-to-Eat – Popia Sentap       14/09/2017              7
             16  Jualan Produk Ready-to-Eat – Sandwich Sedap     28/09/2017              7
             17  Program Usahawan Perintis Kolej Komuniti Wilayah   6-9/10/2017          10
                 Utara 2017
             18  Bootcamp KPT-Teraju Superb Higher Education League   11-21/10/2017      6
                 2017
             19  Program Latihan Keusahawanan Pelajar Community   24-27/10/2017          3
                 College Incubator Classroom (CCIC)
             20  CCIC Accelerated                                3-7/11/2017             4
             21  Jualan Produk Hiliran                           16/11/2017              16
             22  Majlis Penyampaian Geran KPT-Teraju Superb Higher   16-17/11/2017       2
                 Education League 2017
             23  Pendaftaran Syarikat Pelajar                    21/11/2017              4
             24  Pembukaan Akaun Syarikat Pelajar - Sik Brilliant  23/11/2017            4
             25  Jualan Berkonsepkan Produk Gerai                30/11/2017              16

                  Semasa menuntut di  kolej  komuniti,  pelajar  berpeluang menyertai  sesi  bersama
           Suruhanjaya Syarikat  Malaysia  (SSM).  Dalam  sesi  ini  pelajar-pelajar  akan mendaftarkan
           perniagaan mereka secara percuma. Peluang seperti ini memberi peluang serta memudahkan
           pelajar untuk menjalankan perniagaan sebelum mahupun setelah bergraduasi.

                  Program keusahawanan yang bertemakan ‘Doing Business While Study’ ini memberi
           impak yang besar kepada graduan. Graduan bersifat lebih berani untuk memasarkan produk
           mereka secara atas talian mahupun  berhadapan  secara terus kepada pelanggan. Teknik
           pemasaran atas talian dan secara terus (online dan offline) ini dijalankan bagi membuka minda
           keusahawanan  pelajar melalui visi,  jaringan dan keterujaan pelajar terhadap produk yang
           dipasarkan. Visi perniagaan yang dijalankan adalah bagi membolehkan pelajar menanamkan
           wawasan yang sangat baik serta berupaya menyelesaikan masalah perniagaan (problem-solving)
           masing-masing sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Melalui simulasi perniagaan
           yang dijalankan, pelajar dapat menanamkan kesedaran bahawa seorang usahawan yang baik
           seharusnya mempunyai jaringan yang luas dalam bidang ini. Simulasi serta aktiviti pemasaran
           yang dijalankan juga bertujuan untuk meningkatkan minat serta keseronokan pelajar dalam
           bidang keusahawanan. Ini lazimnya dilihat apabila pelajar mengira untung rugi perniagaan
           masing-masing.

                  Galakan kepada pelajar telah diberi sejak awal memasuki kolej lagi. Ini dapat dibuktikan
           melalui  penyertaan pelajar  dalam  Bengkel  Penulisan Rancangan Perniagaan, Bengkel
           Kewangan Anjuran CIMB,  Program  Latihan Keusahawanan Pelajar  CCIC,  serta  penyertaan
                                                       101
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108