Page 96 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 96

2.0    Kajian Literatur

                  Keusahawanan  menurut  definisi  Kamus  Dewan  ialah  segala  bentuk  kegiatan
           dan kemahiran yang berkaitan dengan usahawan yang digunakan bagi membantu atau
           mempercepatkan pembangunan pengurusan dan pembangunan negara ini (Kamus Dewan,
           2000). Usahawan ialah orang yang mengusahakan pekerjaan atau berniaga produk dan barang-
           barang di industri. Usahawan mengambil risiko memasarkan produknya sendiri atau membeli
           barang orang lain  untuk dipasarkan mahupun membeli  perniagaan orang lain yang telah
           sedia ada untuk dijalankan. Hak mengurus dan memunya perniagaan tersebut menyebabkan
           mereka mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan serta berjaya dalam perniagaan
           yang diusahakan. Kecenderungan pula bermaksud minat dan kemahuan serta perasaan suka
           akan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang mendalami bidang yang disukainya.

                  Bidang  keusahawanan seringkali  dikaitkan dengan kemewahan, aset  yang bernilai
           tinggi serta taraf hidup yang disegani. Usahawan dan keusahawanan seringkali bercanggah
           antara persepsi dan realiti  (Ab. Aziz,  2003). Namun begitu bagi mengekalkan persepsi ini
           seseorang usahawan terdahului perlulah melalui kekecewaan, kerugian, usaha keras serta
           pelbagai halangan yang perlu ditempuhi bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan masing-
           masing. Tidak semua yang menjadi usahawan akan kekal dan terus berjaya. Ada juga yang
           mengalami kegagalan.

                  Galakan untuk graduan menceburi bidang keusahawanan adalah melalui dorongan
           daripada keluarga, khususnya ibu bapa  masing-masing. Mereka berperanan  besar dalam
           memberi  galakan kepada graduan untuk menceburi bidang keusahawanan setelah tamat
           pengajian. Graduan perlu diyakinkan untuk memulakan perniagaan terutama sekali dalam
           dunia zaman kini yang menyaksikan persaingan merebut tempat dalam sektor kerajaan dan
           swasta sangat sengit. Ini adalah zaman yang mana belia perlu mencipta pekerjaan sendiri
           bukannya menunggu peluang kerja setelah tamat belajar (Madiha, 2019).
                  Menurut Aishah (2002) wujudnya perkaitan yang rapat antara kecenderungan pelajar
           memilih kerjaya keusahawanan sekiranya latar belakang keluarga yang berasal dalam bidang
           ini. Mentaliti pelajar perlu dibentuk dari awal agar mereka lebih cenderung untuk memilih
           bidang keusahawanan selepas tamat belajar kelak. Ini boleh dibentuk melalui penerapan
           sikap, minat serta pandangan  mereka terhadap bidang keusahawanan  sejak di Semester
           1 lagi.  Pelajar-pelajar  juga ada didedahkan dengan Kursus Keusahawanan  MPU1222 yang
           membawa 2 jam kredit diajar kepada pelajar-pelajar semester 3 di Kolej Komuniti Sik. Selain itu
           penerapan sikap serta latihan dalam bidang keusahawanan mampu meningkatkan keyakinan
           diri seseorang agar menceburi bidang keusahawanan di masa hadapan (Krueger dan Brazeal,
           1994).

                  Faktor yang mendorong seseorang menjadi usahawan juga dipengaruhi oleh keluarga
           atau perhubungan kekeluargaan, pendedahan awal kepada bidang keusahawanan, pencapaian
           akademik, motivasi serta modal bagi memulakan perniagaan (Md Mohar et al., 2001). Menurut
           Zafir dan Fazilah (2003), faktor yang mempengaruhi seseorang itu menjadi usahawan ialah
           latar  belakang  keluarga,  latar  belakang  akademik,  keperluan  asas  hidup,  faktor  demografi
           serta persepsi masyarakat di sesuatu tempat.

                  Objektif kajian dijalankan adalah untuk:

                  i.     Mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
                         keusahawanan kalangan pelajar Kolej Komuniti Sik setelah tamat pengajian
                  ii.    Mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi pemilihan
                         kerjaya keusahawanan
                  iii.   Mengenalpasti  kecenderungan dipengaruhi oleh  latihan keusahawanan yang
                         pernah dihadiri


                                                       94
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101