Page 101 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 101

Dapatan temubual seperti dalam Jadual 2 menunjukkan dapat dirumuskan bahawa
           faktor utama pemilihan kerjaya sebagai usahawan adalah kerana graduan  ingin berdikari
           serta memilih untuk berkerja sendiri kerana waktu kerja yang fleksibel yang mana mereka
           boleh melakukan perkerjaan pada waktu awal pagi, petang mahupun sehingga lewat malam
           khususnya bagi P1, P2, P3 dan L1 menyiapkan tempahan pelanggan. Graduan ini juga didapati
           memahami konsep makan gaji dengan bekerja sendiri yang mana sebagai usahawan mereka
           perlu berusaha sendiri demi mendapatkan hasil yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.
           Selain waktu berkerja yang fleksibel, minat terhadap bidang keusahawanan juga dipersetujui
           oleh semua responden temubual. Minat ini disemai ketika menjalani kursus keusahawanan di
           kolej. Keseronokan ketika mendapat hasil perniagaan menarik minat mereka untuk berniaga
           lagi pada sesi yang seterusnya.
                  Melalui temubual, responden juga bersetuju dengan menjadi usahawan lebih bebas
           untuk membuat keputusan. L1, P2, P3 dan P4 berpendapat dengan berkerja sendiri mereka
           boleh membuat keputusan tanpa mengambilkira pendapat  pihak atasan yang mendorong
           graduan  memilih bidang keusahawanan  sebagai kerjaya kerana  mereka bebas membuat
           keputusan masing-masing.  Ini  termasuklah  jenis  perniagaan yang ingin  dijalankan,  modal
           permulaan, saiz perniagaan serta bentuk pemasaran yang akan dilakukan oleh usahawan
           tersebut. Namun begitu responden  mengakui risiko sebagai usahawan  berbanding  bekerja
           makan gaji. Sekiranya kentungan diperolehi mereka akan beroleh keuntungan sepenuhnya.
           Sekiranya kerugian pula, kerugian ke atas mereka sendiri. P1, P2, P3, P4 dan L1 pernah
           berpengalaman rugi apabila produk atau barang yang telah dipesan tidak diambil pelanggan
           atau pelanggan membatalkan tempahan. Bagi mengatasi kerugian yang lebih besar P1, P2,
           P3 dan P4 akan menjual produk dengan harga yang lebih rendah memadai mendapat semula
           kos produk.

                      Jadual 2: Dapatan Temubual Faktor Pemilihan Kerjaya Sebagai
                                                  Usahawan
                                Elemen                                Responden
                                                         P1     P2     P3     P4      P5    L1
                 Ingin berdikari                         √       √      √      √             √
                 Minat terhadap keusahawanan             √       √      √      √      √      √
                 Tidak berminat makan gaji                                            √
                 Waktu kerja yang fleksibel              √       √      √      √      √      √
                 Perniagaan keluarga                                                  √
                 Pengaruh rakan                                  √                           √
                 Kerja yang ditawarkan tidak sesuai              √                           √
                 Bebas membuat keputusan                         √      √      √             √

                  Responden juga telah ditemubual mengenai cabaran memulakan perniagaan. Jadual 3
           merupakan rumusan temubual tersebut. Kesemuanya responden kecuali P5 bersetuju bahawa
           modal merupakan cabaran utama memulakan pernigaan. P5 tidak menghadapi masalah ini
           kerana perniagaan merupakan milik keluarga. Seterusnya pasaran merupakan cabaran pada
           awal memulakan perniagaan. Cabaran ini diatasi oleh P1, P2, P3 dan P4 dengan memasarkan
           produk secara atas talian menggunakan Facebook dan Instagram. Melalui pemasaran atas
           talian masalah pasaran, persaingan, pelanggan dan keyakinan diri dapat dikurangkan oleh
           responden. Cabaran bekalan bahan mentah dihadapi oleh P5 dan L1 kerana bahan mentah
           kadangkala sukar diperolehi  khususnya  pada musim  perayaan. Cabaran pekerja hanya
           dihadapi oleh P5 kerana kadangkala terdapat masalah pekerja yang berhenti tanpa notis.
           Lain-lain responden tidak mempunyai pekerja.



                                                       99
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106