Page 98 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 98
4.0 Dapatan dan Perbincangan
Rajah 2: Status pekerjaan graduan
Rajah 2 menunjukkan peratusan status pekerjaan graduan bekerja dan tidak bekerja
berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018 Kolej Komuniti Sik. Kajian mendapati
93% graduan bekerja manakala bakinya 7% melanjutkan pengajian. Graduan yang memilih
untuk melanjutkan pelajaran telah menyambung pengajian peringkat Diploma Perkhidmatan
Amalan Makanan Halal di politeknik. Seramai 4 orang graduan telah memilih menyambung
pengajian dalam bidang bagi meningkatkan tahap kelayakan akademik masing-masing.
Rajah 3: Peratusan graduan bekerja dalam bidang atau luar bidang
Rajah 3 menunjukkan peratusan graduan yang bekerja dalam bidang dan luar bidang.
Bidang yang dikhususkan bagi graduan KK Sik ialah Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan. Graduan yang bekerja di dalam bidang adalah sebanyak 59.2% manakala luar
bidang pula sebanyak 40.8%. Seramai 29 orang graduan yang bekerja dalam bidang adalah
bekerja sendiri dalam bidang pembuatan makanan, bekerja di kedai kek dan pemprosesan
dan pembungkusan makanan sejuk beku. Graduan yang bekerja di luar bidang pula seramai
20 orang merupakan pekerja dalam bidang pembuatan seperti operator di kilang automotif
dan elektonik, perpustakawan, bekerja di kedai pakaian dan bekerja di bengkel motosikal dan
bengkel membaiki pendingin hawa.
96

