Page 95 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 95

1.0    Pengenalan

           Sistem baharu pendidikan tinggi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025
           (Pendidikan Tinggi),  mensasarkan untuk menanam minda keusahawanan  dalam seluruh
           sistem pendidikan  tinggi demi mewujudkan  sistem pendidikan  yang melahirkan graduan
           yang bercirikan keusahawanan, bukan  hanya mencari kerja untuk mendapat pendapatan
           secara makan gaji sahaja. Masalah lambakan graduan tidak berkerja kerana tidak mendapat
           peluang pekerjaan secara makan gaji kian meruncing. Ini kerana graduan menganggap makan
           gaji merupakan pilihan mudah untuk kerjaya mereka. Menjadi usahawan bukan kerjaya
           pilihan dan kurang digemari. Mentaliti ini perlu diubah seiring dengan langkah kerajaan yang
           menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawan selepas tamat pengajian. Justeru itu,
           subjek Keusahawanan diperkenalkan seawal di bangku sekolah lagi sehingga ke peringkat
           pengajian tinggi agar menarik minat pelajar menceburi bidang keusahawanan  dari awal.
           Justeru itu, Unit Keusahawanan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) Jabatan
           pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)  telah menetapkan  KPI 4 bagi mencapai
           peratusan  graduan  yang menceburi bidang  keusahawanan  selepas menamatkan  pengajian
           di politeknik dan kolej komuniti mengikut kluster masing-masing. Sasaran sebanyak  4%
           graduan Kolej Komuniti Sik perlu menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian
           iaitu dalam tempoh 6 sehingga 12 bulan selepas menamatkan pengajian. Sehubungan itu,
           satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti kecenderungan graduan Kolej Komuniti Sik
           memilih kerjaya keusahawanan setelah tamat pengajian. Sebanyak 53 responden telah dipilih
           daripada keseluruhan graduan Kolej Komuniti Sik yang tamat pengajian pada November 2017.

           1.1    Pernyataan Masalah

                  Masalah belia menganggur khususnya  graduan masih belum dapat diselesaikan
           sehingga hari ini (Penyata Rasmi Parlimen, 2019). Berdasarkan data Sistem Kajian Pengesanan
           Graduan (SKPG) 2017 yang melaporkan bahawa daripada 238,187 graduan yang menamatkan
           pengajian pada tahun 2018, terhadapat sejumlah 54,103 masih menganggur selepas enam
           bulan menamatkan pengajian. Pengangguran golongan belia di Malaysia adalah pada kadar
           10.8%, India 10.5%, Vietnam 7.9%, Thailand 5.9% dan diikuti Singapura 4.6%.
                  Berdasarkan Laporan Jabatan  Perangkaan Malaysia,  seramai  516,600 penganggur
           direkodkan  pada suku  pertama 2019. Seramai 238,286  penganggur  berdaftar dengan
           JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung yang mana 174,327
           orang daripadanya terdiri daripada graduan berdaftar (Mohd Azis Ngah et.al, 2019). Definisi
           penganggur menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2018) ialah individu yang tiada pekerjaan
           tetapi mempunyai minat untuk bekerja. Penganggur  terbahagi kepada dua jenis iaitu
           penganggur aktif dan tidak aktif.

                  Menurut Laporan Tahunan Bank  Negara  Malaysia  pada tahun 2017, kadar
           pengangguran  global adakah kesan negatif daripada Krisis Kewangan Global.  Kadar
           pengangguran belia meningkat daripada 11.7% pada tahun 2007 kepada 13.1% pada tahun
           2009 dan mencapai tahap yang tinggi sebanyak 13.2% pada tahun 2013. Pada tahun 2016
           kadar ini kekal pada 13.1%. kadar yang tinggi ini meletakkan Malaysia antara negara yang
           mencapai kadar pengangguran tertinggi dalam ekonomi serantau iaitu pada kadar dua angka
           (Dian dan Zaidi, 2017).

                  Sejajar dengan permasalahan ini, Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian
           Tinggi 2016-2020 telah dilancarkan bagi mewujudkan graduan yang berciri keusahawanan,
           seimbang, mampu menjadi  job  creator, bersifat  entrepreneurial bagi meningkatkan  kadar
           employabiliti graduan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber kerajaan.






                                                       93
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100