Page 99 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 99
Rajah 4: Taraf pekerjaan graduan
Rajah 4 memaparkan peratusan taraf pekerjaan graduan mengikut sektor awam,
swasta, bekerja dengan keluarga dan menjadi usahawan. Populasi terbesar pekerjaan graduan
adalah sebagai pekerja swasta (termasuk NGO) iaitu sebanyak 30 graduan. Bidang pekerjaan
dalam sektor swasta termasuklah bekerja dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan
iaitu di kilang, kedai pakaian, pembantu kantin dan bekerja di bengkel. Peratusan kedua
terbesar ialah bekerja sendiri iaitu seramai 12 orang graduan. Pekerjaan yang dilakukan
ialah menjadi usahawan iaitu menjual kek kecil-kecilan dengan mengambil tempahan secara
online, mempunyai syarikat milikan tunggal, kedai kek sendiri dan pembungkusan makanan.
Sebanyak dua daripada perniagaan yang dijalankan telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Seterusnya seramai 6 orang graduan menjalankan perniagaan keluarga
masing-masing contohnya kedai kek. Baki graduan selebihnya seorang menjadi majikan
syarikat sendiri dan seorang bekerja sebagai guru dalam sektor kerajaan.
Rajah 5: Kadar pendapatan bulanan graduan yang menjadi usahawan
Rajah 5 menunjukkan carta kadar pendapatan bulanan graduan yang menjadi
usahawan. Seramai 4 orang graduan memperolehi pendapatan antara RM1501 hingga RM2000.
Seramai 5 orang graduan memperolehi pendapatan antara RM 1001 hingga RM1500. Manakala
selebihnya 3 orang berpendapatan kurang dari RM1000. Kesemua usahawan ini terlibat dalam
bidang pembuatan makanan iaitu sate, cupcake dan roti, takoyaki dan makanan sejuk beku.
Usahawan ini menjalankan perniagaan dari rumah, secara atas talian dan membuka gerai
untuk memasarkan produk masing-masing.
97

