Page 106 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 106

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR BIDANG PEMPROSESAN
               DAN KAWALAN MUTU MAKANAN, KOLEJ KOMUNITI SIK
                TERHADAP AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
                    MAKANAN SEMASA MENJALANKAN KELAS AMALI





                                         Nurzayani.K  & Shazwani.S
                                                       1
                                                                        2
              1 Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Sik, Malaysia
                                      Email: nurzayani.kksik@gmail.com

              2  Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Sik, Malaysia
                                      Email: shazwani0890@yahoo.com








           ABSTRAK

                  Tujuan  utama kajian adalah untuk  menilai tahap pengetahuan  pelajar terhadap
           amalan kebersihan dan keselamatan makanan semasa menjalankan kelas amali. Responden
           yang terlibat terdiri daripada semua 94 orang pelajar Kolej Komuniti Sik yang disoal selidik
           melalui borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan  sebahagian  besar pelajar mem-
           punyai pengalaman kurang dari 1 tahun. Pengalaman dalam bidang makanan diukur jika
           mereka pernah bekerja secara separuh masa di premis makanan atau mengambil jurusan
           berkaitan makanan ketika di sekolah menengah. Dapatan daripada kaji selidik ini mendapati
           purata 89.09% pelajar bersetuju dan memahami tentang amalan kebersihan diri ketika pen-
           gendalian makanan. Manakala purata 90.46% pelajar memahami dengan baik tentang amalan
           pengendalian yang bersih dan selamat. Seterusnya purata 93.63% bersetuju dengan amalan
           penyediaan, pembungkusan, penghidangan dan penyimpanan yang bersih dan selamat ketika
           kelas amali dilaksanakan. Akhir sekali, purata 93.05% pelajar memahami dengan baik ten-
           tang amalan kebersihan di makmal. Walaubagaimanapun data ini tidak mempengaruhi tahap
           pengetahuan pelajar terhadap amalan baik semasa mengendalikan makanan. Selain itu, ma-
           joriti pelajar belum ada kesedaran mengenai kewajipan pengendali makanan untuk menghad-
           iri Kursus Latihan Pengendali Makanan dan mengambil suntikan anti-tifiod. Oleh itu, beber-
           apa cadangan penambahbaikan akan diusulkan dalam kertas kajian ini untuk meningkatkan
           kesedaran tentang amalan baik semasa mengendali makanan dan mengurangkan risiko ker-
           acunan makanan.

           KATA KUNCI: Amalan kebersihan dan keselamatan makanan, amalan baik pengendali
           makanan, Kolej Komuniti Sik







                                                       104
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111