Page 107 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 107

1. PENDAHULUAN

                  Makanan merupakan keperluan setiap manusia bagi menjalani kehidupan seharian
           dengan  produktif. Salah satu faktor penting dalam pemilihan makanan  yang baik ialah
           kebersihan dan keselamatan makanan tersebut.  Kebersihan dan keselamatan semua jenis
           produk makanan berkait rapat dengan proses penyediaannya. Kualiti kebersihan makanan
           yang rendah akan mempengaruhi keselamatan pengguna  dari segi tahap kesihatan yang
           akan terjejas (Deathrage, 1975). Amalan penyediaan yang baik bermula dengan penyedia atau
           pengendali makanan itu  sendiri.    Oleh  itu,  amalan keselamatan makanan dan kebersihan
           yang baik dapat menghalang manusia daripada mendapat penyakit (Lawley, Curtis & Davis,
           2008).

                  Di Malaysia, terdapat Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan
           Kebersihan Makanan 2009 yang digubal khasnya bagi melindungi orang ramai terhadap
           bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan
           makanan serta mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. Menurut
           Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan merujuk kepada mana – mana
           orang yang terlibat  secara langsung dalam penyediaan makanan, menyentuh makanan
           atau permukaan yang menyentuh makanan dan mengendalikan makanan yang dibungkus
           atau tidak dibungkus, dan juga perkakas. Pengendali makanan merupakan titik asas dalam
           memastikan kualiti makanan yang baik dan selamat.

                  Sejak tahun 2010, Malaysia  semakin bergerak aktif  kearah pembentukan industri
           pemprosesan makanan halal yang berdaya saing (Mohd Noor  &  Abdul Kader, 2014) [3].
           Sejurus itu, pelbagai institusi TVET  semakin giat menawarkan bidang – bidang pengajian
           sejajar  dengan hasrat pembentukan industri  pemprosesan makanan yang diiktiraf  dan
           berdaya saing. Kolej Komuniti Sik menawarkan pengajian sepenuh masa dalam bidang Sijil
           Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Pelajar  –  pelajar  di  sini  didedahkan dengan
           pengetahuan  dan kemahiran dalam bidang teknologi pemprosesan makanan dan kawalan
           mutu hasilan makanan. Program ini akan menyediakan pelajar untuk menjadi tenaga kerja
           separuh mahir  yang kompeten dalam teknologi  pemprosesan makanan bagi  memenuhi
           permintaan yang semakin meningkat. Sepanjang dua tahun, pelajar akan didedahkan dengan
           proses  pemprosesan makanan seawal  proses  pemilihan  dan penerimaan bahan mentah,
           penyediaan, pemprosesan, jaminan kualiti, pembungkusan hinggalah ke proses pemasaran
           produk. Proses pembelajaran dan pengajaran lebih difokuskan di kelas amali iaitu di Makmal
           Analisis, Persediaan, Pemprosesan dan Bakeri. Sehubungan itu, kajian penyelidikan mengenai
           amalan kebersihan pelajar di dalam kelas amali dijalankan untuk mengetahui tahap kesedaran
           pengendali makanan iaitu pelajar itu sendiri dalam menghasilkan makanan yang selamat dan
           bersih.




           2. PENYATAAN MASALAH


                  Di dalam kelas amali, pelajar – pelajar ditekankan untuk sentiasa menjaga kebersihan
           premis  penyediaan  makanan, bahan mentah  dan diri  pengendali makanan. Walau

                                                       105
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112