Page 86 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 86
Keberkesanan Kursus Pendek Pemprosesan Makanan
Di Kolej Komuniti Sik Dalam Melahirkan Usahawan Desa
Rahanita Binti Abd. Rahman
Kolej Komuniti Sik, Kedah
E-mail : rahanitaabdrahman@gmail.com
Nurul Nadiah Binti Shahrom
Kolej Komuniti Sik, Kedah
nnadia@kksik.edu.my
Nur Adilah Binti Abdul Halim
nuradilah.ah@gmail.com
Abstrak
Lonjakan ke 3 dalam 10 Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025
iaitu Menghayati Pembelanjaran Sepanjang Hayat. Tujuan utama kajian ini dijalankan
ialah untuk mewujud dan memupuk budaya Keusahawanan bagi menyokong sosio
ekonomi masyarakat setempat. Melalui kursus pendek yang dianjurkan oleh Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Sik berdasarkan keperluan masyarakat,
diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka. Sasaran utama ialah
warga miskin tegar. Berdasarkan data eKasih setakat 28 Januari 2019 mengikut daerah,
beberapa kawasan yang diketahui paras kemiskinan tinggi tidak menunjukkan jumlah
selari, dan Daerah Sik merupakan salah satu daerah itu selain Baling dan Yan. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kursus yang dianjurkan oleh KK Sik
dalam melahirkan usahawan dan juga untuk mengenalpasti kompetensi tenaga pengajar
yang mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Batasan kajian ialah bagi
empat (4) Kursus Pemprosesan Makanan yang telah dijalankan pada tahun 2018 iaitu
dua (2) Kursus Penghasilan Mee Kuning, satu (1) Kursus Penghasilan Sos Cili dan satu
(1) Kursus Penghasilan Kek Coklat Moist. Kajian dilakukan keatas peserta seramai 100
orang. Instrumen kajian yang digunakan ialah soalselidik dan temubual. Data dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik peratusan untuk menunjukkan keberkesanan
program. Analisis dapatan kajian menunjukkan hanya 28.6% dalam kalangan peserta
telah menjadi usahawan, 31.4% sedang merancang untuk menjadi usahawan manakala
40% tidak melakukan apa-apa. Sementara itu, kompetensi tenaga pengajar menurut
perspektif peserta kursus mendapat min keseluruhan sebanyak 3.4. Kajian ini diharap
dapat membantu Unit PSH KK Sik memperbaiki kekurangan yang ada di samping menilai
keberkesanan kursus-kursus yang dianjurkan.
Kata Kunci : usahawan, usahawan desa, pemprosesan makanan, pembelajaran sepanjang
hayat, miskin
84

