Page 89 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 89
2. SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian ini melibatkan seramai 100 orang, seperti berikut:-
BIL KURSUS LOKASI BILANGAN
PESERTA
1 Penghasilan Mee & Hidangan Kg. Kota Aur 25
2 Penghasilan Kek Kukus – Chocolate Moist Kg. Kota Aur 25
3 Penghasilan Mee & Hidangan Kg. KEDA Bendang Man 25
4 Penghasilan Sos Cili Kg. KEDA Bendang Man 25
100
Jadual 2 : Bilangan Peserta Kursus
3. INSTRUMEN KAJIAN
Kajian tinjauan ( survey ) ini dijalankan menggunakan dua instrumen iaitu:
i. Temuduga ( Interview )
ii. Borang soal selidik ( questionnaire ) – Rujuk Lampiran 1
Pengkaji menggunakan Tafsiran Skala Likert untuk mengukur maklum
balas responden seperti Jadual di bawah.
SKALA SKOR
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Jadual 3 : Tafsiran Skala Likert
4. PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Maklumat diperolehi melalui borang pendaftaran peserta kursus yang mempunyai
maklumat lengkap responden ( meliputi nama, nombor telefon, alamat, umur, pekerjaan
dan sebagainya). Maklumat disimpan dan temubual telah dijalankan pada 1 – 15 Ogos
2019 oleh kumpulan penyelidik. Maklumat peserta kursus seperti ditunjukkan dalam
Jadual 2.
Setelah semua data dikumpul, kami menyenaraikan kesemua nama peserta, nombor
telefon dan apa yang berlaku selepas berkursus. Jika ada yang menjalankan perniagaan,
maka data mengenainya akan diambil dan kami akan berkunjung ke rumah peserta
tersebut untuk menemubual mereka dan melihat perniagaan yang dilakukan. Barulah
kami akan menganalisis data-data yang diperolehi.
Selain dua matlamat di atas, kajian ini juga bertujuan meninjau tahap penilaian
responden terhadap keupayaan tenaga pengajar yang telah mengendalikan kursus
berkenaan seperti berikut:
BIL KURSUS NAMA PENGAJAR
1 Penghasilan Mee & Hidangan Puan Rahanita Binti Abd. Rahman
2 Penghasilan Kek Kukus – Cik Nur Adilah Binti Abdul Halim
Chocolate Moist
3 Penghasilan Mee & Hidangan Puan Rahanita Binti Abd. Rahman
4 Penghasilan Sos Cili Puan Nurzayani Binti Kassim
Jadual 4 : Senarai Nama Kursus dan Pengajar
87

