Page 91 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 91

Setelah analisa dibuat daripada 70 orang, kami mendapati untuk dapatan pertama, semua
           responden memahami apa yang diajar oleh pengajar. Kami mendapati, semua responden
           mampu melaksanakan kursus dengan jayanya, walaupun terdapat kekurangan pada produk
           dari segi kecantikan produk, kelikatan produk dan sebagainya.

           Daripada 70 orang responden, bilangan yang berjaya menjadi usahawan hanyalah 20
           (duapuluh) orang.  Ini  berdasarkan perubahan pada kehidupan responden iaitu  daripada
           seorang surirumah sepenuh masa,  kini  mempunyai  kerjaya sebagai usahawan walaupun
           hanya menjalankan perniagaan dirumah secara kecil-kecilan.  Mereka  dapat membantu
           menambah pendapatan isi rumah dan dapat meringankan beban suami.

           Hampir kesemua responden (20 orang) yang menjadi usahawan sudah berjaya menjana
           pendapatan sendiri.  Ada yang hampir menjana RM 500 - RM 1,000.00 sebulan.

           Berikut adalah bilangan responden yang telah berjaya menjadi usahawan seperti Jadual 6 di
           bawah :-

              BIL             KURSUS               BILANGAN     BERJAYA       AKAN         TIDAK
                                                   PESERTA                  MENCUBA      BERMINAT
               1  Penghasilan Mee & Hidangan          18            6           6            6
               2  Penghasilan Kek Kukus –             18            4           5            9
                  Chocolate Moist
               3  Penghasilan Mee & Hidangan          20            6           5            9
               4  Penghasilan Sos Cili                14            4           6            4
                                                      70           20           22           28
                            Jadual 6  : Bilangan Peserta Yang Telah Berjaya Menjadi Usahawan














                                  Rajah 2 : Usahawan Yang Berjaya Dilahirkan
           Agak mendukacitakan untuk  para pengkaji  semasa  menghubungi dan bercakap dengan
           mereka.  Antara alasan yang diterima daripada responden ialah :-

                    i.   Tidak mempunyai modal untuk membeli bahan mentah
                    ii.   Tidak mempunyai peralatan untuk menghasilkan produk seperti pengisar
                         makanan ( blender ) dan mesin mee
                   iii.   Tak yakin pada diri sendiri
                   iv.   Tak tahu di mana nak jual
                    v.   Harga bahan mentah mahal

           Namun jika dilihat  daripada Rajah 2, walaupun jumlah peserta yang menjadi usahawan
           hanyalah 28.6%, namun pengkaji yakin bahawa akan berlaku peningkatan jumlah usahawan
           pada masa akan datang.  Ini kerana perniagaan berasaskan makanan akan mendapat pulangan
           dalam tempoh yang singkat.  Ini diakui oleh responden ketika temubual dilakukan.  InsyaAllah
           akan  berlaku peningkatan  sebanyak  31.4% kerana mereka berkeinginan untuk  mencuba
           melalui kursus yang dihadiri.  Pengkaji yakin akan ada peningkatan jumlah usahawan pada
           masa akan datang.  Ini kerana daripada hasil temubual, mereka sedang mengumpul modal
           untuk memulakan perniagaan.


                                                       89
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96