Page 87 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 87

PENGENALAN

           Kolej Komuniti  Sik (KK SIK) telah ditubuhkan  secara rasmi pada 2013 dengan beroperasi
           sementara di Kolej Komuniti  Sungai Petani.  Berpindah secara rasmi ke premis tetap di
           Pusat Perniagaan Alamanda pada 1 Disember 2014.  Pengambilan pertama pelajar ke Kolej
           Komuniti Sik ialah Sesi Ambilan Julai 2015 dengan bilangan pelajar seramai 26 orang.  KK Sik
           menawarkan satu (1) kursus sahaja ialah Sijil Pemprosesan & Kawalan Mutu Makanan (SPK),
           di samping menawarkan kursus-kursus pendek kepada komuniti setempat.  Kursus Pendek
           yang sering  mendapat permintaan  daripada komuniti  ialah  kursus-kursus pemprosesan
           makanan seperti  penghasilan  Mee  Kuning, penghasilan Air  Soya,  Kek,  Roti  dan lain-lain
           disamping kursus jahitan dan teknologi maklumat.  Ini amat bertepatan dengan  kursus
           yang ditawarkan di KK Sik, kerana mempunyai peralatan dan fasiliti yang mencukupi untuk
           menawarkan kursus-kursus tersebut.

           Menurut Wikipedia,  Pemprosesan  makanan  merupakan  set cara-cara dan teknik yang
           digunakan  untuk menukarkan  bahan-bahan  mentah kepada makanan  atau menukarkan
           makanan kepada kepada  pemakanan  lain bagi  manusia  atau haiwan samaada untuk
           rumah atau oleh industri makanan. Pemprosesan makanan khususnya mengambil produk
           tanaman  dituai  atau binatang yang disembelih  dan menggunakan  bahan-bahan  ini  untuk
           menghasilkan produk makanan yang menarik,  boleh dipasarkan  dan selalunya  hayat
           simpanan yang lama.

           Teknologi  makanan  ialah satu bidang ilmu yang menggunakan  sains dan kejuruteraan
           dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan, pengagihan, penyediaan dan penggunaan
           makanan.  Teknologi makanan juga merangkumi pemilihan bahan makanan mentah, cara
           mengawal kualiti makanan yang diproses, menyelenggara alat pemprosesan dan menghasilkan
           makanan baru.

           Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud
           aktiviti  pelajaran  dan pembelajaran  yang dilaksanakan sepanjang hayat  khususnya orang
           dewasa.  PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan
           seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan  sahsiah diri dan juga
           penambahan  ilmu pengetahuan. Ia juga pembangunan  potensi manusia melalui proses
           pembelajaran berterusan yang memotivasi  dan mengupayakan individu  menguasai ilmu,
           menghayati nilai  murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup
           supaya  individi mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan  dan keadaan  dengan
           yakin dan serta kreatif  menghadapi  segala cabaran hidup. (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006,
           Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).

           “SESIAPA YANG BERHENTI BELAJAR ADALAH TUA, TIDAK KIRA DIA BERUSIA 20 ATAU
           80. SESIAPA YANG TERUS BELAJAR KEKAL MUDA.” — HENRY FORD

           Zulkefli (2005) mentakrifkan PSH atau Pembelajaran Brerterusan sebagai proses sepanjang
           hayat yang terdiri  daripada latihan, pembangunan  diri dan pembelajaran. PSH ialah
           pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir sehingga ke liang lahad, samaada secara
           formal atau tidak formal, sedar atau tidak, secara berkumpulan atau individu.  Perkara yang
           baru dan berbeza dihadapi setiap hari dan ianya selalunya memerlukan proses pembelajaran
           menghadapinya. (Michael D. dan Diane R. , 2008).  Pembelajaran sepanjang hayat menjadi
           semakin penting di Malaysia kerana tekanan daripada ledakan globalisasi, perubahan teknologi
           yang pantas dan pertumbuhan penduduk di Malaysia (Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd
           Nasir Abu Hassan, 2005).

           Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, miskin ialah serba kekurangan barang-barang keperluan
           hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan
           keadaan miskin; kepapaan.  Bagi takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, fakir ialah orang
           yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta
                                                       85
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92