Page 88 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 88

namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya.

           Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengistilahkan:-
           i.     MISKIN - Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah
           RM940 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.

           ii.    MISKIN TEGAR – Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di
           bawah RM580 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.

           iii.   MUDAH  MISKIN - Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan  melebihi PGK
           atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar.

           Namun apa di maksudkan dengan golongan berpendapatan 40% terendah (Golongan B40)
           iaitu sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 3,860.00
           sebulan.  Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh
           Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada
           status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran
           PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut:

               KAWASAN                                         2014
               BANDAR                      MISKIN                           MISKIN TEGAR

                                ISI RUMAH         PERKAPITA          ISI RUMAH         PER KAPITA
           Sem. Malaysia            940                240               580               140
           Sabah & Labuan          1,160               260               690               150
           Sarawak                 1,040               250               700               160
                                 Jadual 1: Pengukuran PGK (Sumber : EPU, JPM)

           Usahawan  didefinisikan  sebagai  pengusaha  iaitu  orang  yang  mengusahakan  sesuatu
           perusahaan. Desa pula bermaksud kampung iaitu kawasan luar kota. Ini dapat disimpulkan
           bahawa  usahawan desa membawa maksud individu di kawasan kampung yang berupaya
           mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan,
           memperkenalkan sesuatu yang baru dan melakukan inovasi. Pelancongan negara merupakan
           aktiviti  melawat  sambil  melihat-lihat  sesuatu tempat di dalam negara tersebut sama ada
           mereka datang dari dalam atau luar negara secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

           Tidak dinafikan bahawa usahawan desa mempunyai banyak sumbangan terhadap pelancongan
           negara. Antaranya ialah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan sekitar. Penduduk
           dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, dengan cara ini pendapatan penduduk
           dapat dijana dengan lebih lumayan. Secara tidak langsung, usahawan desa dapat membantu
           mengurangkan kadar pengangguran negara dan meningkatkan pendapatan penduduk desa.
           Usahawan desa juga mampu memajukan industri hiliran yang dapat menjual produk yang
           berasaskan hasil  daripada pertanian dan haiwan.  Perusahaan yang diusahakan mampu
           mendatangkan pendapatan yang lumayan khususnya kepada penduduk desa.

           METODOLOGI

           1.     SKOP KAJIAN

                  Kajian ini memfokuskan kepada golongan sasar iaitu golongan miskin dan telah
                  mengikuti kursus-kursus berikut:-

                    i.   Kursus Penghasilan Mee Kuning & Hidangan pada 5 Mei 2018;
                    ii.   Kursus Penghasilan Kek Kukus – Chocolate Moist pada 5 Mei 2018;
                   iii.   Kursus Penghasilan Mee Kuning & Hidangan pada 7 Mei 2018;
                   iv.   Kursus Penghasilan Sos Cili pada 7 Mei 2018


                                                       86
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93