Page 90 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 90

Sebelum memulakan kelas,  pengajar perlu memberi  sedikit  pengenalan mengenai
                  kursus yang hendak diajar ( teori ) seperti penggunaan peralatan, proses-proses yang
                  perlu dilakukan selain mengenali bahan mentah yang akan digunakan.  Selalunya
                  proses penerangan ini berlangsung selama 15 – 20 minit sahaja.  Barulah pengajar
                  akan melakukan demonstrasi dimana peserta akan melihat setiap yang dilakukan oleh
                  pengajar.  Ini kerana kami percaya, akan berlaku proses pengajaran dan pembelajaran
                  yang sangat baik di mana akan berlaku interaktif yang berkesan ( two way communication
                  ). Peserta akan melihat, mendengar dan boleh bersoal jawab dengan pengajar. Selepas
                  memahami apa yang  dilihat dan  didengar, barulah peserta dibenarkan  melakukan
                  amali seperti yang diajar oleh pengajar. Seterusnya dalam tempoh 30 minit terakhir,
                  peserta diberi ilmu keusahawanan oleh pengajar, di mana peserta diajar mengira kos,
                  strategi pemasaran dan pengiraan untung rugi.

                  Penilaian terhadap  tenaga pengajar adalah melalui borang maklumbalas di mana
                  setiap peserta dipohon untuk mengisi borang penilaian kursus berdasarkan penilaian
                  mereka yang meliputi aspek seperti :-

                  i.  Penyampaian kandungan kursus mencapai objektif
                  ii.  Cara penyampaian menarik, jelas dan difahami

                  Penilaian kepada tenaga pengajar oleh para peserta kursus dilakukan selepas tamat
                  kursus. Ini amat penting untuk menjaga kualiti kursus yang dianjurkan supaya
                  menepati matlamat dan objektif Kolej Komuniti Sik seperti yang diamanahkan oleh
                  pihak JPPKK.



           DAPATAN DAN PERBINCANGAN

           Namun, daripada 100 orang peserta, hanya 70 yang menjawab panggilan telefon dan menjawab
           soalan, lagi 30 orang gagal dihubungi kerana mungkin :-

                    i.   Telah menukar nombor telefon
                    ii.   Telah berpindah
                   iii.   Sibuk
                         BIL           KURSUS             BILANGAN      MENJAWAB         TIDAK
                                                           PESERTA                     MENJAWAB
                          1  Penghasilan Mee & Hidangan       25            18              7
                          2  Penghasilan Kek Kukus –          25            18              7
                             Chocolate Moist
                          3  Penghasilan Mee & Hidangan       25            20              5
                          4  Penghasilan Sos Cili             25            14             11
                                                             100            70             30

                                                Jadual 5 : Maklumat peserta














                                                Rajah 1 : Respon Peserta


                                                       88
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95